Saturday, April 14, 2007

Massa mendominasi sessi kelayakan

Felipe Massa mengungguli petak pertama pada sessi kelayakan di Grand Prix Bahrain hari ini. Ini merupakan petak pertama yang kelima sepanjang karier Formula One beliau. Ini kali ketiga berturut-turut Ferrari berada di petak pertama sejak musim ini bermula di Albert Park March lalu.

Lewis Hamilton pula terpaksa berpuas hati di petak kedua untuk pasukan McLaren Mercedes. Teman sepasukan beliau Fernando Alonso berada di petak keempat, di belakang Kimi Raikkonen.

Sessi kelayakan pertama melihat Takuma Sato, Vitantonio Liuzzi, Scott Speed, Adrian Sutil, Christijan Albers dan David Coulthard terkeluar. Pemandu Red Bull itu tidak dapat mencatat masa yang baik apabila gear kelima, keenam dan ketujuh beliau tidak berfungsi.

Di sessi kelayakan kedua giliran Alexander Wurz, Heikki Kovalainen, Anthony Davidson, Ralf Schumacher, Rubens Barrichello dan Jenson Button kecundang. Anthony Davidson adalah pemandu Honda yang mendapat tempat terbaik untuk perlumbaan esok di tempat yang ke

Massa mendapat petak pertama selepas berebut dengan Lewis Hamilton sebaik sahaja sessi kelayakan terakhir bermula dan mendahului dengan 0.028 saat di hadapan Lewis Hamilton.

Felipe Massa mendominasi sessi kelayakan terakhir dengan catatan masa 1m23.652 saat, 0.3 saat dihadapan Hamilton. Kimi Raikkonen di petak ketiga dengan Alonso di petak keempat, 0.061 saat di belakang Ferrari tersebut.

Pasukan BMW Sauber F1 menduduki baris ketiga untuk perlumbaan hari esok dengan Nick Heidfeld di petak kelima dan Robert Kubica di tempat keenam. Giancarlo Fisichella pula berada di petak ketujuh. Mark Webber, Jarno Trulli dan Nico Rosberg masing-masing melengkapkan petak kesepuluh teratas.

No comments: