Wednesday, November 14, 2007

Michael masih kekal pantas di Barcelona

Michael Schumacher masih kekal terpantas apabila beliau menamatkan sessi ujian terakhir beliau Sepanyol hari ini.

Juara dunia 7-kali ini kembali ke Ferrari untuk pembukan sessi ujian musim sejuk bagi membantu pasukan tersebut mengadaptasi kepada perubahan peraturan di mana penggunaan 'traction control' diharamkan. Beliau memperbaiki catatan masa yang dicatat olehnya semalam dan masih kekal di tempat pertama selepas melakukan 90 pusingan di litar Barcelona.

Felipe Massa mencatat masa keempat terpantas sekembalinya beliau memandu F2007 selepas percutiannya.

Pedro de la Rosa mencatat masa kedua terpantas, 0.4 saat lebih perlahan berbanding masa 1m21.496 saat yang dicatat oleh Schumacher. Namun beliau 0.4 saat lebih pantas dari temannya Gary Paffett di tempat kelima. Kedua-dua pemandu McLaren masing-masing menjalankan program pemanduan tanpa 'driver-aid'.

Heikki Kovalainen dari pasukan Renault mencatat masa ketiga terpantas, sementara pesaing beliau, Nico Rosberg dari pasukan Williams di tempat keenam.

David Coulthard masih kekal solid di tempat ketujuh untuk pasukan Red Bull Racing. Pengalamannya memandu kereta tanpa 'traction control' terbukti sangat berharga ketika ini. Karun Chandhok dari India memperbaiki catatan masanya, kini hanya 0.7 saat lebih perlahan dari Coulthard.

Nick Heidfeld pemandu terpantas pasukan BMW di tempat kelapan. Teman sepasukannya Robert Kubica mengalami masalah dengan peralatan baru untuk keretanya sementara pasukan ini bekerja keras untuk membangunkan aero bagi kereta musim 2008.

Jenson Button kembali ke Honda untuk menguji kereta hibrid sementara kembar Toro Rosso, Sebastien Bourdais dan Sebastian Vettel saling bertukar chassis, satu daripadanya dimuatkan elektronik untuk musim depan manakala yang satu lagi dimuatkan dengan kit musim 2007, namun masih tanpa penggunaan 'traction control'.

Toyota masih mengalami masalah apabila kedua-dua pemandu mereka, Jarno Trulli dan Franck Montagny terbabas. Pemandu Perancis itu melanggar penghadang litar. Menurutnya mereka gagal mencari set-up yang sesuai untuk keretanya. Selain itu mereka juga menghadapi masalah menentukan suhu tayar yang sesuai dan masalah perisian menyebabkan mereka kehilangan lebih banyak masa.

Force India memulakan ujian penilaian bagi pemandu mereka pada hari Rabu dengan Christian Klien mencatat masa yang lebih pantas dari Adrian Sutil dan Vitantonio Liuzzi.

Schumacher terpantas sekembalinya beliau ke Ferrari


Kepantasan serta kebolehan Michael Schumacher di litar masih terbukti walaupun selepas bersara apabila beliau mencatat masa terpantas di pembukaan sessi ujian musim sejuk di hari pertama semalam di Barcelona.

Pemegang gelaran juara dunia sebanyak 7-kali ini kembali ke Ferrari untuk membantu pasukan Itali tersebut dengan situasi perlumbaan tanpa penggunaan 'traction control'. Hanya beliau seorang yang berjaya mencatat masa dalam lingkungan 1m21s.

Walaupun setelah setahun beliau bersara, pemandu dari Jerman ini masih kelihatan selesa di dalam kereta Formula One apabila beliau mencatat masa 1m21.922 saat setelah melakukan 64 pusingan.

Pemandu kedua terpantas juga dari pasukan Ferrari iaitu pemandu uji mereka, Luca Badoer yang hanya 0.2 saat lebih perlahan dari Schumacher.

Pemandu uji McLaren, Pedro de la Rosa, mencatat masa ketiga terpantas namun beliau lebih dari .7 saat lebih perlahan dari Schumacher. Pasukan dari Woking ini memulakan program tersendiri untuk menguji ECU standard yang akan digunakan musim depan.

Rakan sepasukan de la Rosa, Gary Paffett mencatat masa keenam terpantas selepas menghabiskan masa beberapa jam dalam simulator sejak beberapa bulan lepas untuk pembangunan kereta mereka bagi tahun 2008.

Satu-satunya wakil Renault, Heikki Kovalainen pula mencatat masa keempat terpantas. Beliau masih belum menandatangani sebarang kontrak dengan mana-mana pasukan untuk tahun depan.

0.021 saat dibelakang Kovalainen ialah Robert Kubica dari pasukan BMW Sauber.

Nick Heidfeld, salah seorang pemandu yang mempunyai pengalaman berlumba tanpa 'traction control' pula di tempat kesepuluh.

Pemandu baru Williams, Kazuki Nakajima di tempat ketujuh, meninggalkan rakan sepasukannya Nico Rosberg di tempat ke-11.

David Coulthard dari pasukan Red Bull Racing di tempat kelapan. Pemenang perlumbaan GP2, Karun Chandhok pula hanya di tempat ke-18.

Kedua-dua pemandu Toyota mengalami beberapa masalah sepanjang sessi ujian dijalankan. Jarno Trulli yang sedang deman berada di tempat kesembilan, dijadualkan untuk menjalankan beberapa program untuk tahun 2008 namun masalah enjin menyebabkan rancangannya terbantut. Pemandu uji Franck Montagny pula terpaksa menunggu sementara pasukannya memperbaiki masalah ECU standard yang baru dipasang di keretanya.

Persembahan Sebastian Vettel dan Sebastian Bourdais hampir sama untuk pasukan Toro Rosso sementara pemanduan cemerlang Andreas Zuber meletakkan Honda di tempat ke-14. James Rossiter di tempat ke-17.

Anthony Davidson yang memandu Super Aguri SA07-05B (atau Honda RA107B) di tempat ke-16. Davidson melakukan ujian ke atas sistem kawalan MES dan melengkapkan program analisis elektronik sebelum ke program pembangunan kereta di sebelah petang.

Kereta asukan Force India F1 Team (dulu dikenali sebagai pasukan Spyker F1 Team), yang dipandu oleh Giedo van der Garde dan Roldan Rodriguez masing-masing ditempat ke-19 dan ke-20.

Tuesday, November 6, 2007

Schumacher kembali ke Ferrari


Michael Schumacher, 7 kali juara dunia, akan kembali ke arena sukan Formula 1 untuk pertama kalinya selepas beliau bersara bersama pasukan Ferrari untuk satu sessi ujian rasmi di Barcelona minggu hadapan.

Schumacher akan menguji kereta F2007 pada hari Selasa dan Rabu di litar Barcelona untuk sessi ujian menjelang penutup musim 2007.

Ferrari sentiasa membuka pintu untuk Schumacher untuk memandu kereta mereka selepas persaraan beliau di akhir musim 2006. Wakil pasukan tersebut kini mengesahkan bahawa pemandu Jerman ini telah menyatakan hasrat beliau untuk menguji kereta F2007. Ini, menurutnya, dapat membantu meningkatkan prestasi kereta pasukan Ferrari dengan input-input yang diberikan oleh Schumacher kelak.

Input-input dari sessi ujian di Sepanyol ini mungkin terbukti penting untuk persediaan bagi musim 2008. Apatah lagi Formula 1 akan memulakan era baru tanpa penggunaan 'traction control' serta 'driver aids' yang lain.

Penggunaan 'traction control' telah dibenarkan dalam Formula 1 sejak Grand Prix Sepanyol 2001. Ini bermakna kedua-dua pemandu Ferrari, juara dunia Kimi Raikkonen dan Felipe Massa, mempunyai pengalaman yang terhad tanpa penggunaannya.

Raikkonen hanya pernah berlumba 4 perlumbaan dalam kareer Formula 1 beliau tanpa penggunaan 'traction control' sementara Felipe Massa pula hanya pernah berlumba dengan menggunakannya.

Schumacher - penyokong kuat 'traction control' - pernah berlumba ketika alat tersebut diharamkan (1993-2001), menjadikan pengalaman yang akan digunakan untuk sessi ujian minggu hadapan sangat berharga.

Selepas menamatkan kareer beliau pada bulan Okober tahun lalu, Schumacher telah menjadi penasihat di Maranello dan menghadiri 5 perlumbaan sepanjang musim 2007.

Walaupun beliau pernah memandu F2007 sebelum ini untuk demonstrasi di Fiorano bulan lalu, sessi ujian di Barcelona akan menjadi satu pemanduan yang lebih serius baginya sejak beliau bersara.

Berikutan sessi ujian ini, beliau akan berlumba kart di Brazil sebelum bertolak ke Wembley untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan Race of Champions yang akan berlangsung pada 16 December.

Wednesday, October 24, 2007

10 tahun pembekuan untuk pembangunan enjin

Pembangunan enjin untuk Formula 1 akan dibekukan untuk tempoh masa 10 tahun bermula dari tahun 2008. Persetujuan ini dicapai berikutan perjumpaan FIA Motor Sports World Council pada hari Rabu.

Tujuan badan yang bertanggungjawab tersebut adalah dikatakan untuk mempromosikan cara yang lebih mesra alam serta mencari cara alternatif bagi meningkatkan persembahan kereta-kereta Formula 1.

Pembangunan yang telah dijalankan untuk enjin berkuasa V8 telah dihadkan sejak 2007, walaupun sesetengah pengubahsuaian dibenarkan selagi ia masih mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Walaubagaimanapun, bermula dari tahun depan semua pengubahsuaian dilarang. Namun selepas lima tahun, ubahsuai boleh dilakukan dengan syarat semua pihak bersetuju diikuti jangka masa pemberitahuan selama dua tahun.

Pembekuan sepenuhnya ini bermaksud bahawa tiada pengecualian dalam pembangunan beberapa bahagian enjin, seperti yang dibenarkan dalam peraturan sekarang ini.

Pada satu ketika dulu, Formula 1 dijangka akan menggunakan enjin berkuasa turbo, 1.4 liter, yang digabungkan dengan penggunaan teknologi KERS. Tetapi sekarang FIA membuat keputusan untuk mengekalkan kestabilan enjin, dan dalam masa yang sama menggalakkan pengeluar-pengeluar mencari kelebihan untuk persembahan enjin masing-masing melalui KERS.

Pengeluar-pengeluar utama dalam Formula 1 memberi cadangan kepada Max Mosley, presiden FIA, awal bulan ini, di mana mereka mahukan enjin V8 2.4 liter yang digunakan sekarang dikekalkan sehingga 2009, dan kemudian melakukan modifikasi supaya enjin-enjin tersebut boleh digunakan untuk empat perlumbaan dengan menggunakan teknologi KERS serta meningkatkan penggunaan minyak dengan cara yang lebih efisyen. Walaubagaimanapun, cadangan tersebut ditolak oleh FIA dan mereka kemudian mencadangkan agar peraturan enjin sekarang digunakan sehingga 2017.

Pengeluar-pengeluar enjin dikatakan ingin meminta sokongan dari pasukan-pasukan persendirian dalam Formula 1 sebelum memberikan semula cadangan mereka semula kepada FIA.



Saturday, October 6, 2007

Masih ada harapan untuk Alonso dan Raikkonen di Brazil


Selamat datang ke Grand Prix China. Seperti yang telah diramal, kita akan menyaksikan perlumbaan dalam keadaan hujan sekali lagi. Adakah keputusan perlumbaan akan berpihak kepada Lewis Hamilton sepertimana di Jepan minggu lalu?

Jika Hamilton berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan Fernando Alonso hari ini, beliau akan bergelar juara dunia rookie pertama dalam sejarah Formula One. Oleh itu kita mungkin akan melihat Hamilton lebih berhati-hati di perlumbaan kali ini berbanding dengan teman sepasukannya, apatah lagi apabila beliau terpaksa memulakan perlumbaan dari tempat keempat. Mampukah Alonso menghalang kemaraan Hamilton untuk merampas gelaran juara dari tangannya tahun ini?

Atau mampukah Kimi Raikkonen merampas segalanya dari tangan kedua-dua pemandu McLaren itu? Semuanya akan terjawab dengan nyalanya kelima-lima lampu merah menandakan perlumbaan di Shanghai telah bermula.

Hamilton mendahului daripada Raikkonen di selekoh pertama. Alonso memintas Massa dari luar namun Massa mengambil semula tempatnya di selekoh enam.

Permulaan Ralf Schumacher tidak seperti yang diharapkannya apabila beliau terbabas dari litar. Kini beliau di tempat terakhir dari tempat keenam.

Sebastian Vettel kini di P12 dari P17. Teman sepasukannya, Tonio Liuzzi, juga tidak kurang hebatnya kini di P7 dari P11.

Terdapat sedikit pelanggaran antara Rubens Barrichello dan Takuma Sato namun masing-masing dapat kembali semula ke litar tanpa sebarang masalah yang serius.

Alonso masih memburu tempat ketiga dan memberi tekanan kepada Massa di pusingan 4. Mark Webber juga cuba untuk mendapatkan kembali P7 dari Liuzzi.

Liuzzi berjaya memintas Nick Heidfeld untuk P5 di pusingan 5. Nico Rosberg juga memintas Giancarlo Fisichella untuk P16 sebelum memintas teman sepasukannya Alexander Wurz untuk P15. Kompaun tayar 'softer' lebih berkesan dalam keadaan basah ini. Semantara itu Hamilton semakin menjarakkan diri dari Raikkonen di tempat kedua.

Hamilton mencatat masa terpantas di pusingan 7. Kini jarak antaranya dengan Raikkonen adalah 4 saat. Beliau satu saat lebih pantas dalam satu pusingan berbanding pemandu-pemandu lain.

Vettel memintas Heikki Kovalainen untuk P10 di pusingan 8 dan Rosberg memintas Sato untuk P14.

Jarno Trulli memintas Kovalainen untuk P11 di pusingan 9. Kovalainen dijangka mempunyai sedikit masalah 'understeer' dengan kereta R27 miliknya. Kini Button pula mula memberi tekanan kepadanya.

Red Bull Racing menjangkakan hujan yang lebih lebat akan turun dan mengarahkan Webber untuk memelihara tayar dalam keadaan litar yang semakin mengering.

Kebanyakan pemandu mengambil laluan lumba yang lebih basah untuk memelihara tayar masing-masing.

Di pusingan ke 12, Kovalainen mendapat tekanan bukan sahaja dari Button malah dari Rosberg juga sementara itu Schumacher telah memintas Wurz untuk P15.

Anthony Davidson berhenti di tepi litar. Beliau bersara dari perlumbaan di pusingan 13.

Schmacher juga turut mengambil tempat di belakang Rosberg untuk memintas Kovalainen.

Rosberg berjaya memintas Button untuk P13 di pusingan 15.

Hamilton masuk ke pit di pusingan yang sama untuk melakukan pitstop rutin pertama beliau. Selepas melihat keadaan tayar masih dalam keadaan yang baik, Hamilton membuat keputusan untuk tidak menukar tayar keretanya. Beliau kembali ke litar di hadapan David Coulthard di P4 sementara Raikkonen mengetuai perlumbaan.

Raikkonen tidak membuang masa dan terus mencatat masa terpantas perlumbaan.

Kovalainen melakukan kesilapan kecil di pusingan 17 membenarkan Rosberg memintasnya untuk P12.

Massa pemandu Ferrari pertama masuk ke pit untuk pitstop rutin beliau. Seperti Hamilton, beliau juga tidak menukar tayar kereta F2007 miliknya.

Di pusingan 18, giliran Schumacher pula memintas Kovalainen.

Raikkonen mencatat masa terpantas sekali lagi untuk memastikan beliau dapat menghapuskan jarak masa yang telah dibina oleh Hamilton.

Alonso masuk ke pit di pusingan 19. Beliau juga mengekalkan tayar keretanya. Beliau kembali ke litar di belakang Massa.

Raikkonen juga masuk ke pit di pusingan yang sama. Nampaknya kesemua empat pemandu teratas menggunakan strategi yang sama kerana Raikkonen juga tidak menukar tayar keretanya. Raikkonen kembali ke litar di belakang Hamilton yang mengambil semula kedudukan pertama dari beliau.

Coulthard dan Liuzzi masuk ke pit di pusingan ke 20 untuk pitstop rutin masing-masing.

Hamilton mencatat masa terpantas di pusingan 23. Kini beliau mendahului 5 saat Raikkonen.

Schumacher memintas Rosberg selepas hampir 3 pusingan memberi tekanan kepada pemandu Williams tersebut. Namun beliau terbabas di pusingan 24 apabila beliau cuba memintas Liuzzi untuk P11. Beliau kembali ke pit untuk melihat jika terdapat sebarang kerosakan pada keretanya.

Wurz masuk ke pit dan memilih untuk menggunakan tayar 'dry'. Sebaik sahaja beliau kembali ke litar, beliau terus mencatat masa terpantas. Nampaknya pilihan pasukan Williams menukar tayar membawa kesan yang memberangsangkan.

Giliran Kubica dan Trulli masuk ke pit di pusingan 26. Jelas sekali tayar 'dry' adalah pilihan yang paling tepat ketika ini kerana keadaan litar yang semakin kering.

Alonso berjaya memintas Massa di pusingan ke 27. Massa segera masuk ke pit di pusingan yang sama untuk menukar tayar keretanya. Namun kelihatan hujan mula turun sekali lagi. Adakah pilihan ini pilihan yang untuk pasukan Ferrari?

Hamilton melakukan kesilapan di pusingan 28 namun beliau berjaya menghalang Raikkonen dari memintasnya untuk P1. Hamilton kelihatan kurang berkeyakinan dengan keretanya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini.

Raikkonen akhirnya berjaya memintas Hamilton di pusingan 29! Hamilton melakukan kesilapan sekali lagi di selekoh 9 dan Raikkonen tidak mensia-siakan peluang yang ada.

Alonso semakin menghampiri Hamilton. Beliau 7 saat lebih pantas dari Hamilton di pusingan lepas.

Dan di pusingan 31 sekali lagi Hamilton melakukan kesilapan! Beliau benar-benar mempunyai masalah dengan cengkaman tayar. Dalam perjalanan beliau ke pit, beliau terbabas di perangkap 'gravel' dan marshal yang ada tidak dapat mengeluarkan kereta beliau dari perangkap tersebut. Nampaknya beliau tidak akan dinobatkan sebagai juara tengahari ini...

Raikkonen masuk ke pit di pusingan 33. Alonso juga sama.

Kini Kubica dari pasukan BMW Sauber mendahului perlumbaan namun di pusingan 34 Kubica berhenti di tepi litar kerana masalah teknikal pada kereta BMW F1.07 miliknya.

Button memintas Vettel untuk P4 di pusingan 35 sementara Alonso mencatat masa terpantas perlumbaan dalam cubaan beliau mengejar Raikkonen untuk P1. Raikkonen walaubagaimanapun tidak berpeluk tubuh dan mencatat masa terpantas di pusingan seterusnya.

Button tidak mahu ketinggalan lalu mencatat masa terpantas di pusingan 38.

Wurz masuk ke pit untuk pitstop terakhir beliau. Saya difahamkan bahawa pemandu dari Austria ini akan bersara pada akhir musim ini.

Fisichella memintas Liuzzi untuk P6 dan mencatat masa terpantas di pusingan 40 dek kerana keadaan litar yang semakin mengering.

Dengan kekecewaan Toro Rosso di Jepun minggu lalu, kali ini kedua-dua pemandu pasukan ini mempunyai peluang yang baik untuk mendapatkan beberapa mata perlumbaan. Ketika ini Vettel di P4 dan Liuzzi di P7.

Raikkonen mencatat masa terpantas baru di pusingan 44. Beliau mendahului Alonso sebanyak 8.5 saat.

Heidfeld pula mula memberi tekanan kepada Liuzzi untuk P7.

Fisichella pit di pusingan 46 dari P5.

Liuzzi masih dapat mengekalkan kedudukannya di P6 selepas 5 pusingan Heidfeld cuba memintasnya.

Persaingan masih sengit. Kovalainen memintas Webber untuk P9 di pusingan 49. Kini beliau mengejar Coulthard untuk mata terakhir perlumbaan.

Jarak antara Raikkonen dan Alonso kini lebih 10 saat walaubagaimanapun Alonso masih tidak berputus asa mengejar pemandu Finn di hadapannya apabila dia dan Raikkonen saling bertukar catatan masa terpantas.

Massa mencatat masa terpantas di pusingan 54.

Vettel yang melakukan strategi 1 pitstop diarahkan oleh pasukannya untuk menjimatkan minyak kerana Button berada 17 saat dibelakangnya di P5.

Raikkonen melintasi garisan penamat di tempat pertama sekaligus mencipta sejarah bagi pasukan Ferrari. Ini ada kemenangan kali ke-200 untuk pasukan Itali ini. Raikkonen menamatkan perlumbaan dengan jarak 10 saat kekal di hadapan Alonso. Massa mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga.

Satu perlumbaan yang begitu baik untuk Vettel. Dengan keputusan P4 hari ini, beliau dapat menghapuskan rasa sangsi orang ramai terhadap kebolehannya selepas insiden di Jepun minggu lalu. Bukan sahaja beliau dapat mengalahkan teman sepasukannya yang memulakan perlumbaan di P11, malah beliau telah memulakan perlumbaan hari ini di P17 selepas dikenakan denda 5 grid penalti selepas menghalang Kovalainen di sessi kelayakan Q2 semalam. Satu keputusan yang membanggakan untuk pemandu muda dari Jerman ini.

Button mengambil tempat kelima untuk pasukan Honda dan Liuzzi di tempat keenam. Heidfeld di tempat ketujuh dan Coulthard berjauya mengekalkan kedudukan P8 dari Kovalainen.

Dengan Raikkonen dan Alonso mengakhiri perlumbaan ini masing-masing di tempat pertama dan kedua, dan dengan Hamilton yang telah terkeluar, ini bermakna ketentuan juara dunia tahun ini akan ditentukan di perlumbaan terakhir musim ini iaitu di Sao Paulo, Brasil di mana beza mata antara ketiga-tiga pemandu ini ialah 7 mata: Hamilton 107, Alonso 103 dan Raikkonen 100.

Pastikan anda bersama saya untuk perlumbaan di Brasil kelak!

Friday, October 5, 2007

Buruan Hamilton bergelar juara hampir tamat


Lewis Hamilton memulakan buruan untuk bergelar juara minggu ini dengan kedudukan petak pertama untuk perlumbaan esok.

Pemandu dari Britain pada mulanya hanya di tempat keempat sementara Kimi Raikkonen dan Fernando Alonso berada di hadapannya namun lap yang dilakukannya pada minit terakhir sessi kelayakan telah merampas petak pertama dari Felipe Massa dengan catatan masa 1m35.908s.

Raikkonen, walaupun mendominasi kesemua sessi, terpaksa berpuas hati berkongsi grid pertama dengan Hamilton di tempat kedua. Alonso pula berada di tempat keempat, 0.6s lebih perlahan dari masa yang dicatat oleh Hamilton.

Jika Hamilton dapat mengekalkan kedudukannya sehingga ke garisan penamat esok, beliau akan menjadi juara dunia rookie pertama dalam sejarah Formula One.

Catatan masa Hamilton meletakkan Massa di grid kedua walaupun pada mulanya pasukan Ferrari kelihatan selesa untuk menguasai grid hadapan perlumbaan.

David Coulthard mempamerkan pemanduan yang bernas di sessi kelayakan hari ini untuk mengambil tempat kelima untuk pasukan Red Bull. Ralf Schumacher di tempat keenam untuk pasukan Toyota.

Mark Webber akan memulakan perlumbaan esok di grid keempat, sementara kedua-dua pemandu BMW Sauber, Nick Heidfeld dan Robert Kubica, masing-masing ditempat kelapan dan kesembilan.

Jenson Button melengkapkan kedudukan kesepuluh teratas.

Ramalan cuaca meramalkan hujan untuk perlumbaan yang akan berlangsung esok, oleh itu pastikan anda bersama-sama dengan saya untuk laporan di hari perlumbaan nanti.

Pemandu yang terkeluar pada sessi kelayakan 2: Tonio Liuzzi, Sebastian Vettel, Jarno Trulli, Heikki Kovalainen, Anthony Davidson, Nico Rosberg

Pemandu yang terkeluar pada sessi kelayakan 1: Rubens Barrichello, Giancarlo Fisichella, Alexander Wurz, Takuma Sato, Adrian Sutil, Sakon Yamamoto

Kimi kekal kuasai Shanghai


Kimi Raikkonen melengkapkan hari pertama dengan mendahului kedua-dua sessi latihan hari ini untuk Grand Prix China.

Masa yang dicatatkan walaubagaimanapun hanya 0.006s lebih pantas dari pemandu pasukan McLaren, Fernando Alonso di tempat kedua.

Felipe Massa pula hanya 0.023s di belakang teman sepasukannya di tempat ketiga sementara Lewis Hamilton berada di tempat keempat.

Alonso menduduki tempat teratas hampir keseluruh masa sessi latihan kedua sekaligs mempamerkan jurang kuasa antaranya dengan Hamilton.

Pemandu Britain itu mula mencecah masa 1m37s namun Alonso memecah rekod beliau selepas separuh masa sessi latihan dengan catatan masa 1m36.845s.

Selepas kedua-dua pemandu pasukan McLaren bertukar ke tayar kompaun 'softer', Alonso mula mencatat masa yang lebih pantas, 1m36.613s sementara Hamilton hanya mampu mencatat masa 1m36.876s.

Cara pemanduan Hamilton agak kelam kabut hari ini dan pada satu ketika, beliau menguji kereta MP4-22 milik beliau apabila beliau terbabas keluar litar di selekoh pertama. Beliau walaubagaimanapun dapat mengeluarkan kereta beliau dari perangkap 'gravel' dan kembali ke terra firma tanpa sebarang masalah. Ini menunjukkan usaha beliau untuk cuba memintas Alonso.

Massa juga tidak kurang hebatnya, memisahkan kedua-dua pemandu McLaren dengan catatan masa 1m36.630s. Raikkonen pula masih belum menunjukkan belangnya hanya berada di tempat keempat ketika ini dengan catatan masa 1m37.429s.

Selepas separuh daripada massa latihan berlalu barulah terdapat beberapa perubahan kerana semua pemandu mula fokus untuk pemanduan jarak jauh, sehinggalah ke minit terakhir sessi, apabila Raikkonen memintas Alonso untuk tempat pertama.

Di belakang Raikkonen, Alonso, Massa dan Hamilton, Jarno Trulli (Toyota) mengambil slot kelima dan teman sepasukannya, Ralf Schumacher di tempat ketujuh.

Mark Webber dan David Coulthard masing-masing berada di tempat keenam dan kelapan untuk pasukan Red Bull Racing.

Nico Rosberg dari pasukan Williams jatuh dari tempat kelima pagi ini ke tempat kesembilan di sessi latihan kedua. Giancarlo Fisichella melengkapkan tempat kesepuluh teratas untuk sessi ini.

Teman sepasukannya, Heikki Kovalainen mengakhiri sessi latihan di tempat ke-11 selepas berhenti di separuh masa kedua kerana masalah tekanan minyak dan kehilangan banyak masa berharga.

Selepas masalah kebocoran minyak kotak gear pagi ini, kereta BMW Sauber F1.07 milik Nick Heidfeld sekali lagi dirundum malang. Kali ini kerana masalah hidraulik ketika di awal sessi. Belia mengakhiri sessi di tempat ke-15. Teman sepasukannya Robert Kubica hanya satu tempat di hadapannya ditempat ke-14.




Friday, September 28, 2007

Hamilton merampas petak pertama dari Alonso


Lewis Hamilton merampas tempat pertama dari teman sepasukannya Fernando Alonso di saat-saat akhir sessi kelayakan yang berlangsung dalam keadaan hujan lebat di litar Fuji Speedway hari ini.

Pemandu Britain ini pada mulanya di tempat ketiga sebelum beliau melakukan lap terakhir yang meletakkan beliau di petak pertama untuk perlumbaan hari esok dengan baki 22 saat sebelum sessi kelayakan tamat. Beliau mencatat masa 1m25.368 saat.

Ini sekaligus menjatuhkan Alonso ke petak kedua dengan perbezaan masa 0.1 saat. Walaubagaimana pun ia satu permulaan yang sempurna untuk pasukan McLaren esok dengan kedua-dua pemandu di barisan grid pertama.

Ferrari terpaksa berpuas hati dengan barisan grid kedua apabila Kimi Raikkonen mahupun Felipe Massa gagal memberi saingan yang lebih kepada pemandu McLaren setelah keadaan litar mula kering di sessi keayakan dua dan tiga.

Nick Heidfeld mengambil kedudukan 'normal'nya musim ini di tempat kelima sementara Nico Rosberg di tempat ke enam.

Pemandu Williams tersebut walaubagaimanapun dikenakan penalti 10-tempat grid selepas keretanya menukar enjin baru semalam. Ini bermakna pemandu pasukan Honda, Jenson Button akan mengambil tempatnya di tempat keenam.

Mark Webber berada di tempat ketujuh manakala hero bagi pasukan Toro Rosso, Sebastian Vettel akan memulakan perlumbaan esok di tempat kelapan. Ini adalah pencapaian terbaik pasukan tersebut musim ini. Robert Kubica melengkapkan tempat kesepuluh teratas untuk sessi kelayakan Grand Prix Jepun musim ini.

Pemandu yang terkeluar pada sessi kelayakan 2: Giancarlo Fisichella, Heikki Kovalainen, David Coulthard, Jarno Trulli, Tonio Liuzzi, Ralf Schumacher

Pemandu yang terkeluar pada sessi kelayakan 1: Rubens Barrichello, Alexander Wurz, Anthony Davidson, Adrian Sutil, Takuma Sato, Sakon Yamamoto



Hamilton mengetuai McLaren 1-2 di Fuji


Giliran McLaren mendahului sessi latihan kedua di Fuji hari ini apabila Hamilton mencatat masa terpantas untuk mengetuai catatan 1-2 oleh pasukan McLaren.

Hamilton yang hanya 2 mata mendahului rakan sepasukannya, Fernando Alonso untuk kejuaraan tahun ini mengekalkan jarak 0.2 saat dari pemandu Sepanyol itu sepanjang sessi dijalankan .

Felipe Massa untuk pasukan Ferrari di tempat ketiga namun ketinggalan lebih 0.7 saat dibelakang Hamilton.

Kimi Raikkonen yang mendahului sessi latihan pagi tadi jatuh ke tempat kelima. Jarno Truli memisahkan kedua-dua pemandu Ferrari di tempat keempat di litar kepunyaan Toyota.

Jika sebelum ini kebanyakan pemandu dari pasukan atas akan menunggu hingga ke saat akhir untuk mencatat masa, di litar ini mereka segera ke litar sebaik sahaja sessi dimulakan untuk mempelajari selok belok litar.

Hamilton memecahkan rekod yang dicatat oleh Raikkonen pagi tadi dengan beza 0.4 saat untuk mencatat masa terpantas 1m18.734s selepas setengah jam sessi latihan 2 bermula.

Alonso mencatat masa 1m18.948s sementara pasukan Ferrari gagal memberi sebarang saingan kepada pasukan lawan mereka.

Ini bukan kerana mereka tidak mencuba malah Massa terutamanya kelihatan agak kurang kemas dan terbabas dari litar sebanyak dua kali pada satu pusingan dalam cubaan beliau untuk mendapatkan kelajuan yang lebih dari kereta F2007 miliknya.

Terdapat beberapa peningkatan selepas setengah jam sessi bermula apabila pasukan-pasukan yang bersaing mula fokus untuk persediaan perlumbaan yang akan berlangsung Ahad ini serta apabila suhu litar mula turun.

Trulli dan Raikkonen masing-masing hampir mencatat masa yang sama di tempat keempat dan kelima menyingkirkan pemandu Renault Heikki Kovalainen dan Giancarlo Fisichella di tempat keenam dan ketujuh.

David Coulthard berada di tempat kelapan di hadapan Ralf Schumacher dari pasukan Toyota dan Robert Kubica melengkapkan kedudukan kesepuluh teratas.



Sunday, September 16, 2007

Raikkonen menang lagi di Spa


Bertemu kembali kita untuk perlumbaan yang dinantikan ramai, Grand Prix Belgium di Spa-Francorschamp. Perlumbaan kali ini diselubungi kisah McLaren yang dikecualikan dari Kejuaraan Pengeluar tahun ini serta denda sebanyak $100 juta kerana mempunyai maklumat sulit pasukan Ferrari dalam simpanan mereka. Pengecualian dan denda tersebut diberikan selepas bukti baru dikemukakan dalam bentuk e-mail oleh Pedro De La Rosa dan Fernando Alonso.

Walaubagimanapun, kedua-dua pemandu McLaren dibenarkan untuk terus bersaing bagi merebut Kejuaraan Pemandu tahun ini.

Kita letak semua kisah ini di belakang kita buat sementara waktu dan berikan tumpuan sepenuhnya untuk perlumbaan yang akan berlangsung.

Perlumbaan hari ini bermula dengan kedua-dua pemandu Ferrari di barisan hadapan grid dengan Kimi Raikkonen di petak pertama dan Felipe Massa di petak kedua. Alonso dan Lewis Hamilton pula berada di belakang kedua pemandu Ferrari ini di grid kedua.

Robert Kubica akan memulakan perlumbaan beliau di tempat ke-14 selepas kereta beliau menukar enjin baru semalam seperti juga Giancarlo Fisichella. Pasukan Renault memilih untuk memulakan perlumbaan beliau dari pit lane. Begitu juga dengan Anthony Davidson untuk pasukan Super Aguri.

Tiada sebarang masalah untuk Raikkonen mendahului perlumbaan dari Massa sebaik sahaja kelima-lima lampu merah dinyalakan.

Hamilton terbabas di Eau Rouge ketika bersaing dengan teman sepasukannya untuk posisi ketiga. Alonso berjaya mendapatkan kedudukan tersebut.

Kesemua pemandu dapat melepasi La Saurce tanpa sebarang drama.

Kovalainen naik dari tempat kesembilan, kini di tempa keenam sementara Nick Heidfeld pula jatuh pada tempat kelapan.

Fisichella terpaksa ditolak masuk ke dalam pit pada pusingan 2. Kelihatan seperti perlumbaan beliau tamat untuk hari ini.

Kubica setakat ini melakukan satu tugasan yang baik memintas kereta dihadapannya. Pada pusingan 4 beliau di tempat ke-10.

Teman sepasukannya, Heidfeld memintas Heikki Kovalainen untuk P7 di pusingan 5. Takuma Sato mengambil P17 dari Rubens Barrichello.

Di pusingan 6 Alonso masih konsisten lebih perlahan setengah saat dari kereta Ferrari di hadapannya.

Raikkonen mencatat masa terpantas perlumbaan di pusingan 7. Pemandu Finland ini semakin menjarakkan diri dari Massa.

Kubica pula berjaya memintas dua lagi kereta di hadapannya dan kini sedang berusaha untuk memintas Kovalainen untuk P8.

Vettel masuk ke pit pada pusingan 8 dan sekali lagi pada pusingan seterusnya. Kali ini beliau terus masuk ke garaj Toro Rosso.dan mekanik pasukan tersebut terus mengerumuni kereta STR2 miliknya untuk memperbaiki masalah yang timbul.

Raikonen menjarakkan lagi dirinya dengan Massa dan perbezaan antara mereka hampir 1 saat untuk setiap pusingan. Massa kini 4 saat dibelakang Raikkonen di akhir pusingan 11.

Kubica akhirnya berjaya memintas Kovalainen di pusingan 12 untuk P8. Beliau memintas pemandu Finland itu di Bus Stop, satu pintasan yang berani dari pemandu Poland ini.

Di pusingan 15, Nico Rosberg dan Webber masuk ke pit. Begitu juga dengan Raikkonen dan Alonso.

Massa kini mendahului perlumbaan.

Kubica masuk ke pit pada pusingan berikutnya. Pasukan Ferrari dan McLaren juga bersedia untuk pitstop pemandu mereka seterusnya.

Massa dan Hamilton masuk pe pit pada pusingan 17. Pasukan McLaren meletakkan minyak yang banyak pada kereta Hamilton dan dijangka stint kedua beliau akan lebih lama dari Alonso dan kedua-dua pemandu Ferrari. Mampukah perubahan strategi ini memberi keputusan yang lebih baik kepada Hamilton?

Kedudukan empat teratas masih kekal dengan Raikkonen mendahului dari Massa, Alonso dari Hamilton.

Bagi pemandu yang masih belum masuk ke pit untuk pitstop rutin mereka, berkemungkinan mereka menggunakan strategi 1 pitstop untuk perlumbaan ini.

Di pusingan 19, giliran Heidfeld masuk ke pit.

Kubica benar-benar bersemangat ketika ini memintas satu kereta demi satu kereta di hadapannya. Kini giliran David Coulthard menerima asakannya di pusingan 20.

Ralf Schumacher masuk ke pit di pusingan 21 diikuti oleh Sato dan Alexander Wurz di pusingan 22.

Kovalainen juga masuk ke pit dari P6 di pusingan 23. Ini adalah pitstop terakhir bagi beliau jika semua berjalan dengan baik. Beliau kembali ke litar di belakang Kubica di P10.

Pemandu yang masih belum masuk ke pit untuk pitstop rutin masing-masing ketika ini ialah Coulthard, Jenson Button, Vitantonio Liuzzi, Barrichello dan Davidson.

Ferrari masih mendahului perlumbaan ini di pusingan 24. Pasukan McLaren nampaknya tidak dapat memberi sebarang respon dengan persembahan Ferrari minggu ini.

Button dan Liuzzi masuk ke pit di pusingan 25 untuk pitstop pertama dan terakhir mereka.

Ketika ini jarak Hamilton semakin jauh dari tiga pemandu di hadapannya. Beliau tiada sebarang jawapan untuk meminimakan jarak antaranya dengan Alonso.

Akhirnya Kubica bebas dari Coulthard di pusingan 26 apabila pemandu Scotland itu masuk ke pit.

Davidson dan Barrichello adalah pemandu terakhir untuk melakukan pitstop rutin masing-masing di pusingan 27.

Heidfeld mendapat kelebihan dari pitstop pertama beliau. Kini beliau berada di tempa t kelima di hadapan Rosberg. Kubica juga tidak kurang hebatnya di P8.

Saingan sengit antara Button dan Sato untuk P14 di pusingan 29.

Sementara itu Trulli mencatat masa terbaiknya di pusingan ini. Rakan sepasukannya, Ralf, hampir 3 saat dihadapannya.

Jarak antara Raikkonen dan Massa kini hampir 6 saat. Beliau mendahului Alonso hampir 20 saat di mana berkemungkinan jarak masa tersebut sudah mencukupi untuk Raikkonen masuk dan kembali semula ke pit di hadapan Alonso tanpa sebarang masalah.

Rosberg dan Sutil masuk ke pit untuk pitstop rutin beliau di pusingan 31. Raikkonen juga masuk ke pit pada pusingan yang sama. Tiada sebarang masalah untuk pitstop beliau dan Raikkonen kembali ke litar di belakang Alonso.

Coulthard terpaksa bersara dari perlumbaan di pusingan 32.

Sementara itu Massa dan Trulli masuk ke pit untuk pitstop rutin kedua masing-masing. Banyak asap dari brake kereta Massa namun tiada sebarang masalah untuk Massa kembali ke litar.

Yamamoto dan Alonso masuk ke pit di pusingan 33. Alonso kembali ke litar di belakang Massa di tempat keempat. Hamilton di tempat kedua.

Masssa mencatat masa terpantas perlumbaan di pusingan 34. Di pusingan ini juga Kubica dan Wurz masing-masing masuk ke pit untuk pitstop terakhir mereka.

Giliran Heidfeld masuk ke pit di pusingan 35. Dalam masa yang sama Massa semakin menghampiri Raikkonen. Adakah Massa mampu merampas kemenangan kali ini dari tangan Raikkonen?

Wurz masuk ke pit sekali lagi di pusingan 36 dan kali ini beliau terus masuk ke garaj Williams. Sampai di sini saja perlumbaan pemandu dari Austria ini.

Mekanik pasukan McLaren bersedia untuk pitstop Hamilton dan pemandu Britain ini masuk ke pit pada pusingan 38 untuk pitstop terakhir beliau. Beliau kembali ke litar di belakang Alonso. Walaupun dengan perubahan strategi Hamilton gagal memintas Alonso untuk tempat ketiga.

Dengan baki 8 pusingan, Kubica kembali mengasak Kovalainen untuk mata terakhir perlumbaan.

Giliran Button mengakhiri perlumbaan beliau apabila beliau kembali ke pit untuk bersara.

Kubica masih mengasak Kovalainen di pusingan 39 dan hampir-hampir bersentuhan di Bus Stop namun Kovalainen masih dapat mengekalkan kedudukan P8 setakat ini.

Dengan baki 4 pusingan Massa mula mengasak Raikkonen namun pastinya Massa tidak akan membuat cubaan untuk memintas teman sepasukanya untuk tempat pertama.

Tempat kelapan masih belum dapat dikenalpasti antara Kovalainen ataupun Kubica.

Dengan baki 2 pusingan Massa hanya 2 saat dibelakang Raikkonen. Hamilton pula mengalami saat yang menakutkan di Pouhon dalam usaha beliau mengejar Alonso namun tiada perubahan berlaku.

Di pusingan terakhir, pemandu Ferrari melakukan formasi akhir untuk melintasi garisan penamat.

Raikkonen memenangi perlumbaan ini dari Massa di tempat kedua!

Ini adalah kemenangan ketiga Raikkonen di Spa-Francorchamps.

Pemandu Ferrari, Raikkonen dan Massa berjaya mengakhiri perlumbaan ini di tempat pertama dan kedua. Dibelakang mereka Alonso juga selesa di tempat ketiga dari Hamilton di tempat keempat. Heidfeld sekali lagi membuktikan beliau antara pemandu terbaik untuk mengakhiri perlumbaan ini di tempat tradisinya musim ini di tempat kelima.

Rosberg di tempat keenam, Webber tujuh dan Kovalainen kekal di hadapan Kubica untuk tempat kelapan.

Selepas penalti yang dikenakan kepada McLaren minggu ini, keputusan perlumbaan Grand Prix Belgium ini bermakna Kejuaraan Pengeluar musim 2007 adalah kepunyaan pasukan Ferrari.

Alonso kini 2 mata sahaja di belakang Hamilton untuk Kejuaraan Pemandu manakala Raikkonen 13 mata. Kejuaraan Pemandu masih lagi terbuka untuk dimenangi. Adakah ia akan menjadi milik Hamilton, Alonso, Raikkonen atau Massa?

Dengan ini berakhirlah ulasan saya untuk perlumbaan Grand Prix Belgium ini. Bersama saya lagi untuk perlumbaan Grand Prix Jepun yang akan berlangsung dua minggu lagi.

Saturday, September 15, 2007

Raikkonen jaguh sessi kelayakan di Spa


Kimi Raikkonen akan mendahului grid di tempat pertama untuk perlumbaan esok selepas beliau menunjukkan aksi yang cukup baik pada sessi kelayakan yang berlangsung hari ini. Raikkonen merampas kedudukan pertama dari saingan terdekatnya Felipe Massa pada pusingan terakhir beliau dengan catatan masa 1:45.994 saat. Ini adalah kedudukan grid hadapan kedua bagi pasukan Ferrari sepanjang musim ini.

Fernando Alonso berjaya meminimakan kesilapan beliau di selekoh Rivage pada pusingan pertamanya di sessi kelayakan Q3 untuk menguasai tempat ketiga terpantas sementara teman sepasukannya Lewis Hamilton jatuh dari P2 ke tempat keempat pada saat-saat terakhir sessi kelayakan.

Robert Kubica mencatat masa kelima terpantas. Walaubagaimana pun beliau akan memulakan perlumbaan di tempat ke-15 esok selepas beliau dikenakan penalti 10 tempat di grid kerana menukar ke enjin baru untuk kereta BMW F1.07 miliknya pagi ini.

Tempat kelima beliau tidak akan diambil oleh teman sepasukannya Nick Heidfeld tetapi akan diserahkan kepada Nico Rosberg yang berjaya menempatkan kereta FW29 miliknya di hadapan Heidfeld.

Mark Webber dari pasukan Red Bull Racing di tempat kelapan dengan Jarno Trulli (Toyota) di tempat kesembilan dan Heikki Kovalainen dari pasukan Renault melengkapkan tempat kesepuluh terpantas untuk sessi kelayakan kali ini.

Pemandu yang terkeluar pada sessi kelayakan 2: Giancarlo Fisichella, Ralf Schumacher, David Coulthard, Jenson Button, Tonio Liuzzi, Alex Wurz

Pemandu yang terkeluar pada sessi kelayakan 1: Sebastian Vettel, Rubens Barrichello, Takuma Sato, Adrian Sutil, Anthony Davidson, Sakon Yamamoto

Friday, September 14, 2007

Alonso terpantas di Spa


Walaupun dengan berita yang McLaren akan dilucutkan dari Kejuaraan Pengeluar musim ini, pasukan ini masih tetap mampu memberi saingan kepada Ferrari. Begitu juga dengan pemandu-pemandunya.

Fernando Alonso membuktikan yang beliau masih tetap fokus pada perlumbaan di Belgium ini apabila beliau mendahului pemandu lain pada sessi latihan kedua dengan catatan masa 1:46.654s. Alonso terus kekal terpantas sebaik sahaja beliau melakukan pusingan pertama untuk sessi ini. Teman sepasukannya, Lewis Hamilton pula hanya berada 0.1 saat dibelakangnya.

Hamilton yang kini masih mendahului Kejuaraan Pemandu agak sukar untuk mencari set-up yang sesuai untuk kereta MP4-22 miliknya. Hamilton berada di tempat keenam pada hampir 90 minit sessi latihan kedua ini sehinggalah pada lima minit terakhir di mana beliau dapat memperbaiki catatan masa yang dicatatkan.

Felipe Massa dari pasukan Ferrari adalah pencabar terdekat pemandu McLaren di tempat ketiga manakala Kimi Raikkonen turun dari posisi pertama pada sessi latihan pertama pagi tadi ke tempat keempat.

Jarno Trulli dan Ralf Schumacher dari pasukan Toyota mencatat masa yang kompetitif pada sessi latihan kedua ini dengan masing-masing di tempat kelima dan keenam.

Kedua-dua pemandu pasukan Renault berjaya menempatkan kereta R27 masing-masing di tempat kesepuluh teratas dengan Giancarlo Fisichella mendahului di tempat ketujuh manakala Heikki Kovalainen di tempat kesepuluh.

Mark Webber juga tidak kurang hebatnya di tempat kelapan dengan Robert Kubica melengkapkan posisi sepuluh terpantas di tempat kesembilan.

Nick Heidfeld berada di tempat ke-11 di hadapan Nico Rosberg. Di tempat ke-13, adalah pemandu kedua dari pasukan Red Bull Racing iaitu David Coulthard yang berhenti di chicane Fagnes pada awal sessi latihan yang disebabkan oleh masalah kotak gear.

Seperti yang dijangkakan, pasukan Honda kurang menyengat di litar yang memerlukan tahap downforce yang tinggi seperti di litar Spa ini dan Jenson Button serta Rubens Barrichello hanya mampu mencatat masa ke-14 dan ke-15 terpantas.

Walaubagaimanapun, pasukan yang semakin menunjukkan peningkatan sejak Monza adalah pasukan Spyker dengan kereta spesifikasi-B terbarunya. Sakon Yamamoto mencatat masa ke-17 terpantas dan sekaligus meletakkan beliau di hadapan kedua-dua pemandu Toro Rosso dan Super Aguri sementara Adrian Sutil berada di tempat ke-20. Namun sessi latihan bagi pemandu muda dari Jerman ini terhenti selepas 24 pusingan apabila beliau terbabas di selekoh Les Combes.

Sunday, September 9, 2007

Monza milik Alonso!


Litar lumba Monza, litar terpantas dalam kalendar Formula 1, dibanjiri ratusan peminat-peminat sukan berprestij ini terutama peminat-peminat pasukan Ferrari yang turun untuk menyokong pasukan pengeluar tempatan ini.

Pasukan McLaren dilihat sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlumbaan hari ini dengan Alonso dan Hamilton berada di grid barisan pertama. Felipe Massa akan memulakan perlumbaan di grid barisan kedua bersama-sama Nick Heidfeld dari pasukan BMW Sauber. Kimi Raikkonen yang mengalami kekejangan leher sederhana disebabkan kemalangannya semasa sessi latihan ketiga semalam, berada di grid barisan ketiga.

McLaren sekali lagi berada menjadi bualan hangat di paddock pagi ini apabila majistret Itali telah memaklumkan bahawa pasukan tersebut akan disiasat berkenaan maklumat sulit yang dimilikinya dari Ferrari.

Tetapi ketika ini semua fokus terletak di atas litar lumba Monza untuk 53 pusingan yang akan berlangsung.

Perlumbaan Grand Prix Itali bermula sebaik sahaja kelima-lima lampu merah dinyalakan dengan Alonso mendahului dari Hamilton yang memotong chicane pada selekoh pertama untuk memastikan Massa berada di belakangnya.

Raikkonen memintas Nick Heidfeld untuk tempat keempat sementara Hamilton diasak hebat oleh Massa. Jenson Button kini di petak ke-9, Mark Webber P10. Jarno Trulli pula kehilangan posisi dari 9 ke P12.

Di pusingan ke-2, kemalangan David Coulthard di Curva Grande menyebabkan Safety Car dikeluarkan. Coulthard bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Satu perlumbaan yang singkat untuk pemandu dari Scotland ini!

Pitlane hanya dibuka di pusingan ke-4 namun tiada pemandu yang memilih untuk ke pit kecuali Sebastian Vettel, itu pun sebelum kemalangan berlaku. Kemungkinan pemandu Toro Rosso ini mengalami masalah pada keretanya.

Safety Car dipanggil masuk pada pusingan ke-7.

Alonso masih mendahului perlumbaan walaupun Hamilton cuba memintasnya. Kedua-dua pemandu Ferrari leka dan gagal memberi sebarang asakan kepada pemandu pasukan McLaren.

Massa masuk ke pit untuk pada pusingan ke-10. Ini bukanlah satu pitstop yang dijadualkan untuk Massa. Kelihatan seperti kereta F2007 miliknya menghadapi masalah dan beliau kembali ke pit pada pusingan berikutnya. Nampaknya setakat ini saja perlumbaan pemuda dari Brazil ini. Satu perlumbaan yang mengecewakan baginya apatah lagi jika difikirkan tentang mata terkumpul untuk kejuaraan pemandu yang hilang.

Sementara itu di litar, pemandu McLaren semakin menjarakkan diri dari Raikkonen yang kini di P3. Pemandu Finland itu mula mendapat asakan dari Heidfeld.

Alonso mencatat masa terpantas 1:22.871 untuk perlumbaan ini di pusingan ke-15.

Takuma Sato memintas rakan senegaranya, Sakon Yamamoto untuk P18 di pusingan ke-16. Alexander Wurz juga dipintas oleh Trulli dan kini terdapat barisan kereta di belakang kereta beliau didahului oleh Anthony Davidson dari pasukan Super Aguri,

Jarak antara Alonso dan Raikkonen kini adalah 10 saat.

Hamilton masuk ke pit di pusingan ke-18 dari P2 dan kembali ke litar di P6 tanpa sebarang trafik.

Dengan Hamilton masuk ke pit dahulu ini bermakna ketika sessi kelayakan semalam Alonso membawa lebih banyak minyak berbanding Hamilton. Catatan masa terpantas beliau semalam memang menakjubkan.

Giliran Alonso masuk ke pit pada pusingan ke-20. Beliau, seperti juga teman sepasukannya akan menggunakan strategi 2 pitstop untuk perlumbaan hari ini dan ini adalah pitstop rutin pertamanya. Alonso berjaya mengekalkan kedudukannya di hadapan Hamilton apabila beliau kembali ke litar

Raikkonen kini mendahului perlumbaan.

Nico Rosberg akhirnya berjaya memintas Button untuk P8 di pusingan ke-21 selepas hampir lebih 10 pusingan memberi asakan.

Heidfeld, Heikki Kovalainen dan Adrian Sutil masuk ke pit pada pusingan ke-22. Raikkonen pula mula 'lapping' trafik bermula dengan Yamamoto.

Akhirnya Raikkonen masuk ke pit pada pusingan ke-25 dengan jarak 20 saat dari Alonso. Raikkonen dijangka menggunakan strategi 1 pitstop dan jika benar beliau mungkin akan memberi masalah kepada kedua-dua pemandu McLaren. Tidak mustahil kini untuk beliau memenangi perlumbaan hari ini apatah lagi dengan McLaren menggunakan 2 pitstop strategi. Ini adalah salah satu jawapan Ferrari bagi kepantasan serta dominasi kereta McLaren sepanjang minggu ini. Raikkonen kembali ke litar di P3.

Giancarlo Fisichella memintas Davidson untuk P13 di pusingan ke-27.

Ramai juga pemandu lain yang masih belum masih ke pit untuk pitstop rutin mereka. Jelas sekali mereka juga akan menggunakan strategi 1 pitstop untuk perlumbaan ini.

Rosberg dan Trulli masuk ke pit pada pusingan ke-31.

Ralf Schumacher dan Vettel pula masuk ke pit pada pusingan-32. Ini adalah pitstop kali kedua bagi Vettel namun ia adalah pitstop rutin pertama beliau.

Raikkonen kehilangan hampir 1 saat untuk 1 pusingan kepada McLaren ketika ini.

Button masuk ke pit pada pusingan ke-34 dari P6. Begitu juga dengan Fisichella. Pada pusingan ke seterusnya, giliran Rubens Barrichello, Sato dan Webber pula untuk melakukan pitstop rutin mereka.

Raikkonen perlu berada dalam jarak 30 saat diantaranya dengan pemandu McLaren jika beliau mahu memintas mereka apabila mereka masuk ke pit untuk pitstop rutin kedua masing-masing.

Alexander Wurz adalah pemandu terakhir untuk masuk ke pit pada pusingan ke-38.

Pada pusingan ke-40, Alonso semakin menjarakkan keretanya dari teman sepasukan, Hamilton. Kini perbezaan masa antara mereka adalah 6 saat.

Hamilton masuk ke pit pada pusingan ke-41 dengan beza 23 saat antaranya dengan Raikkonen. Beliau gagal mendapatkan kedudukannya kembali apabila Raikkonen memintasnya sebaik sahaja beliau keluar dari pitlane.

Mampukah Raikkonen melakukan perkara yang sama kepada Alonso nanti?

Hamilton walaubagaimanapun tidak berputus asa dan mula memberi asakan kepada Raikkonen di pusingan ke-42 dan pada pusingan berikutnya, beliau berjaya mendapakan semula P2 dari Raikkonen apabila beliau memintas pemandu Finn tersebut pada selekoh pertama. Satu pemanduan yang berani oleh pemandu Britain ini. Raikkonen tidur sekali lagi?

Alonso masuk ke pit pada pusingan ke-44 dan beliau kekal mendahului perlumbaan dengan Hamilton di belakangnya.

Walau dengan strategi yang baik oleh pasukan Ferrari, mereka tidak mampu untuk melakukan apa-apa dengan pemanduan cemerlang yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemandu McLaren. Berkemungkinan juga kereta Raikkonen menghadapapi sedikit masalah kerana catatan masanya yang perlahan berbanding catatan masanya sebelum ini. Beliau semakin cepat menggunakan brake pada setiap selekoh.

Litar Monza memang terkenal dengan isu brake kerana bukan sahaja set-up kereta low down-force diperlukan malah kereta juga selalunya menggunakan brake yang berlebihan di litar ini. Ini memberikan tekanan yang lebih kepada brake-disc kereta.

Button masih di P8 pada pusingan ke-46 dan kelihatan set untuk mendapatkan mata kedua untuk pasukan Honda musim ini.

Kelihatannya seperti Alonso tiada sebarang masalah untuk mengawal perlumbaan. Jika keadaan kekal sepertimana ia sekarang, beliau akan memintas 2 lagi mata dari Hamilton untuk Kejuaraan Pemandu, menjadikan beza hanya 3 mata antara dua pemandu ini.

Di pusingan ke-50, Kubica masih tidak mengaku kalah untuk mengejar teman sepasukannya, Heidfeld, di P4 ketika ini apabila beliau memintas Rosberg untuk P5. Beza masa antara kedua pemandu ini adalah lebih kurang 11 saat sahaja.

McLaren menang 1-2 di Monza. Satu kemenangan yang manis tentunya untuk pasukan ini dan kemenangan yang lebih manis untuk Alonso. Raikkonen terpaksa berpuas hati di tempat ketiga. Satu perlumbaan yang mengecewakan untuk pasukan Ferrari apatah lagi di hadapan peminat sendiri di negara sendiri.

Satu lagi persembahan mantap bagi pasukan BMW Sauber dengan Heidfeld dan Kubica masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Rosberg mengakhiri perlumbaan di tempat keenam untuk pasukan WilliamsF1. Kovalainen di tempat ketujuh dengan Button mengumpul mata terakhir perlumbaan di tempat kelapan.

Nampaknya kejuaraan pemandu menjadi semakin menarik sementara McLaren semakin menjarakkan diri dari pasukan Ferrari untuk kejuaraan pengeluar. Kini McLaren mendahului 23 mata.

Bertemu lagi kita pada minggu hadapan untuk Grand Prix kegemaran saya, di Spa-Francorchamps!

Saturday, September 8, 2007

Alonso mendominasi sessi kelayakan di Monza


Fernando Alonso telah memulakan langkah pertamanya untuk mengecapi kemenangan di Monza esok apabila beliau mendominasi sepenuhnya sessi kelayakan hari ini. Juara dunia ini mempamerkan tahap pemanduan yang cemerlang berbanding teman sepasukannya Lewis Hamilton yang sering mendahuluinya sepanjang musim ini. Hamilton terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Pasukan Ferrari gagal memberikan sebarang saingan kepada pasukan McLaren namun mereka berkemungkinan menggunakan strategi yang berlainan untuk perlumbaan Grand Prix Itali kali ini. Felipe Massa berada 0.6s di belakang Alonso di tempat ketiga.

Pemandu BMW, Nick Heidfeld akan memulakan perlumbaan esok di tempat keempat selepas berjaya menumpaskan Kimi Raikkonen. Pemandu dari Finland tersebut tidak berjaya mengulangi persembahan baik beliau di sessi latihan 1 apabila terpaksa menggunakan T-car selepas kemalangannya di sessi latihan pagi tadi. Beliau kini mempunyai tugasan yang agak berat untuk mengekalkan harapan bagi memenangi kejuaraan dunia tahun ini.

Robert Kubica berada di tempat keenam untuk pasukan BMW dengan Heikki Kovalainen daripada pasukan Renault di tempat ketujuh dan Nico Rosberg menempatkan kereta Williams miliknya di tempat kelapan.

Pemandu Toyota yang berasal dari Itali, Jarno Truli akan memulakan perlumbaan di tempat kesembilan. Jenson Button melengkapkan tempat kesepuluh teratas untuk kali kedua musim ini bagi pasukan Honda.

Pemandu yang terkeluar pada sessi kelayakan 2: Mark Webber ,Rubens Barrichello, Alex Wurz, Anthony Davidson, Giancarlo Fisichella, Sebastian Vettel
Pemandu yang terkeluar pada sessi kelayakan 1:
Takuma Sato, Ralf Schumacher, Tonio Liuzzi, David Coulthard, Adrian Sutil, Sakon Yamamoto



Friday, September 7, 2007

McLaren mengungguli di sessi latihan kedua di Monza


Fernando Alonso mendominasi sessi latihan kedua untuk Grand Prix Itali hari ini sementara teman sepasukannya Lewis Hamiton di tempat kedua.

Musuh McLaren, pasukan Ferrari, lebih banyak menghabiskan masa sessi latihan mereka memperbaiki kereta Kimi Raikonen yang mengalami masalah hidraulik. Kimi mengakhiri sessi latihan di tempat ke lapan. Masa terpantas beliau untuk sessi latihan pertama hanya lebih kurang 0.1 saat lebih perlahan dari masa terpantas Alonso iaitu 1m22.386s.

Ini jelas membayangkan persaingan yang sengit antara kedua-dua pasukan ini.

Walau bagaimanapun, persembahan Alonso tengahari ini memang sangat baik dengan 0.8s lebih pantas dari Hamilton manakala lebih dari 1 saat lebih pantas dari pemandu-pemandu yang lain.

Harapan Ferrari terletak pada Felipe Massa untuk mengatasi McLaren namun pemandu Brazil ini lebih berminat untuk mencuba tempat sasar baru di Variante della Roggia apabila beliau tersasar tiga kali di tempat yang sama. Beliau juga turut berpusing di chicane yang sama memaksa Alonso mengelaknya. Massa mencatat masa ke enam terpantas.

Pemandu asal Itali, Giancarlo Fisichella tidak melepaskan peluang yang ada untuk menempatkan kereta Renault di tempat ketiga. Beliau berharap persembahannya hari ini dapat meyakinkan Renault untuk meneruskan kontraknya bagi tahun 2008.

Robert Kubica menduduki tempat ke empat untuk pasukan BMW Sauber. Beliau berada di hadapan Nico Rosberg yang sentiasa konsisten dengan persembahannya musim ini.

Nick Heidfeld di tempat ke tujuh sementara Raikkonen, Heikki Kovalainen dan Alexander Wurz melengkapkan tempat ke sepuluh teratas untuk sessi latihan kedua hari ini.



Tuesday, September 4, 2007

Same old same old with Super Aguri


Both Takuma Sato and Anthony Davidson do not have to worry about their Formula One career, at least not for another year. Reportedly, Super Aguri will keep both of their current drivers for next year's championship.

"We are very confident with our drivers hence the decision. It is our aim to continue with their services next year," says Aguri Suzuki, Super Aguri managing director, to Autosport yesterday.

The decision came after the team evaluated and take into consideration their overall performances and contributions so far this season.

"Anthony has shown tremendous improvements with his driving style. He always quick in qualifying and during the race, his results are getting better as well," added Aguri.

As for Sato, he has lots of experience under his belt. This can be seen during the race where he usually moved up several places at the start of the race.

The big question mark on who will be driving for the team in 2008 has been answered. Sato will continue to fill in the first driver seat. Although no official announcement has been made yet, Davidson outstanding performance so far has sealed his future with the team.

According to Audetto, Davidson's contract is ready and just needed to be signed to make it legal even though he still hasn't score any point this season.

Monday, September 3, 2007

Hala tuju Alonso


Adalah sedia maklum kedudukan Alonso di McLaren sekarang ini tidak seperti yang diharapkannya ketika beliau mula-mula menandatangani perjanjian dengan pasukan British ini.

Pemandu yang berasal dari Sepanyol ini berharap agar McLaren dapat membantunya memenangi Kejuaraan Pemandu untuk kali ketiga berturut-turut namun kini menurut beliau berasa kurang selesa kerana merasa dirinya tidak dihargai.

"Saya masih ingat kereta yang saya pandu ketika saya masuk ke pasukan ini Disember lalu. Begitu juga dengan keputusan keseluruhan mereka tahun lalu. Kereta yang saya pandu pada hari ini adalah setengah saat lebih pantas dan itu adalah hasil dari usaha saya tapi saya tidak melihat sebarang balasan dari usaha saya itu," ujar beliau lagi ketika ditemuramah oleh BBC Radio seperti yang dilaporkan oleh Autosport.

Walaupun Alonso masih tiada sebarang rencana untuk menamatkan kontrak dua tahun perjanjiannya dengan pasukan itu, Flavio Briatore yang sebelum ini ketua beliau di pasukan Renault sudah bersuara dan bersedia untuk menyambut kembali Alonso ke pasukannya jika beliau menginginkannya.

Renault telah memenangi dua kali Kejuaraan Pengeluar terima kasih kepada Alonso dan sekiranya Alonso kembali ke pangkuan mereka, mereka berharap untuk mengungguli Kejuaraan tersebut sekali lagi. Meski pun begitu Flavio menegaskan bahawa Alonso seorang bukanlah satu jaminan kejayaan.

Bagi Alonso pula, kini fokusnya hanya pada Kejuaraan Pemandu dengan hanya 5 mata di belakang Hamilton dan bukan berfikir tentang soal masa depannya.

Sunday, August 26, 2007

Massa menang lagi di Istanbul, Ferrari 1-2

Grand Prix Turkey pasti menjanjikan perlumbaan yang mencabar selepas sessi kelayakan yang sengit antara Ferrari dan McLaren semalam, dengan Felipe Massa merampas posisi pertama dari Lewis Hamilton. Kimi Raikkonen dan Fernando Alonso masing-masing akan memulakan perlumbaan di grid kedua.

Pasukan BMW Sauber tidak kurang hebatnya dengan Robert Kubica di tempat ke lima dan Nick Heidfeld di tempat ke enam. Heikki Kovalainen cukup memberangsangkan di tempat ke tujuh di hadapan Nico Rosberg dan Jarno Trulli.

Di hujung grid, kedua-dua pemandu Honda akan memulakan perlumbaan di grid terakhir selepas masing-masing menukar enjin.

Pasukan akan menggunakan kompaun tayar Bridgestone keras dan medium namun kompaun tayar keras dijangka akan digunakan lebih untuk perlumbaan ini.

Cuaca agak panas di Istanbul dengan suhu 35 darjah Celcius dan suhu ambien gi gird, 52.

Lampu merah mula menyala dan perlumbaan bermula di Turkey!

Di selekoh pertama Massa mendahului dari Raikkonen, Hamilton dan kedua-dua BMW. Alonso jatuh satu posisi di tempat keenam. Webber naik dua posisi untuk tempat kesepuluh. Permulaan Coulthard juga baik dan beliau naik ke posisi ketiga belas. Fisichella dan Davidson masing-masing kehilangan posisi namun Trulli adalah pelumba yang paling malang di permulaan perlumbaan ini apabila beliau jatuh dari tempat kesembilan ke 21 apabila kereta beliau dilanggar oleh Fisichella di selekoh pertama. Barrichello pula naik dari tempat terakhir ke 16. Sato pula dari tempat ke 17 ke tempat terakhir.

Massa mencatat masa terpantas pertama dalam cubaan beliau menjarakkan diri dari Raikkonen.

Alonso mencuba sedaya upaya untuk memintas dua kereta BMW di hadapannya.

Di pusingan ke-4, tiga pemandu teratas saling bertukar catatan masa terpantas dengan Hamilton paling pantas ketika ini.

Raikkonen mencatat masa terpantas untuk mengejar teman sepasukannya untuk P1.

Kovalainen mula ketinggalan dari enam pendahulu di hadapannya di pusingan ke-7. Trulli pula memintas Button untuk posisi ke 17 di pusingan ke-8. Sutil pula semakin menghampiri Vettel untuk posisi ke-19 sementaa Wurz dan Fischella berjaya memintas Webber untuk posisi ke-10. Kereta Webber kelihatan menghadapi masalah.

Di pusingan ke-11, Alonso hanya setengah saat di belakang Heidfeld namun masih tiada peluang untuk memintas kereta BMW Sauber itu. Massa dan Raikkonen kembali bertukar catatan masa terpantas dan kereta mereka yang menggunakan tayar medium semakin berjaya menjarakkan diri dari Hamilton.

Kubica masuk ke pit di pusingan ke-13 dan menggunakan kompaun tayar keras. Satu pitstop yang begitu awal.

Trulli melakukan kesilapan membenarkan Button memintasnya kembali. Belakang kereta beliau diluar kawalan di selekoh sembilan.

Strategi dua pitstop lebih digemari di litar ini.

Di pusingan ke-15, Raikkonen adalah pemandu pertama mencatat masa di bawah 1m 28s.

Button memberikan saingan yang sengit kepada teman sepasukannya Barrichello untuk P15 dan Button berjaya memintas di selekoh pertama.

Heidfeld masuk ke pit pada pusingan ke-18 dari P4. Rosberg dan Coulthard juga masuk ke pit. Heidfeld kembali ke pit di hadapan Kubica.

Giliran Raikkonen masuk ke pit dari P2 dan kekal menggunakan kompaun tayar medium.

Alonso juga masuk ke pit di pusingan ke-18 dan kekal dengan kompaun tayar keras di pusingan ke-19. Wurz juga masuk ke pit.

Massa masuk ke pit di pusingan ke-20 dan kekal menggunakan kompaun tayar medium. Beliau kembali ke litar dan mengekalkan kedudukan di hadapan Raikkonen. Alonso juga kembali ke litar di hadapan Heidfeld. Hamilton masuk ke pit dan Massa kembali mendahului perlumbaan.

Kovalainen keluar dari pit di pusingan ke-21 di hadapan Kubica. Satu keputusan yang baik bagi pemandu Finland ini.

Di pusingan ke-24, Alonso telah merapatkan jurang antaranya dengan Hamilton, kini hanya 14 saat.

Vettel masuk ke pit pada pusingan ke-29. Beliau mungkin hanya melakukan satu pitstop sahaja hari ini.

Alonso mengambil 30 saat dari Hamilton di pusingan ke-30 namun jarak antara mereka masih besar.

Ferrari kelihatan seperti tiada tandingan dengan Hamilton yang tidak terdaya untuk merapatkan jurang antaranya dengan mereka.

Button dan Sutil masuk ke pit di pusingan ke-37. Barrichello pula di pusingan berikutnya. Kedua-dua pemandu Honda akan melakukan stint terakhir yang panjang untuk perlumbaan ini.

Di pusingan ke-38 Kubica masuk ke pit dari P7 dan kembali menggunakan kompaun tayar medium. Yamamoto turut masuk ke pit.

Raikkonen pula tanpa sebarang amaran kini memberi saingan yang hebat keada Massa. Walaubagaimanapun, Massa kembali mengawal keadaan di pusingan berikutnya.

Raikkonen masuk ke pit pada pusingan ke-41 dan menggunakan kompaun tayar keras.

Heidfeld juga masuk ke pit pada pusingan ke-42 dari P5 dan bertukar dari kompaun tayar keras kepada medium diikuti oleh Massa. Pitstop yang cepat untuk Massa dan beliau berjaya mengekalkan kedudukan di hadapan Raikkonen dengan margin yang selamat.

Tayar kanan hadapan Hamilton pancit di pusingan ke-43 dan beliau kembali ke pit untuk menukar tayar tersebut dalam masa 10 saat. Alonso telah berjaya memintasnya sementara beliau masih dalam perjalanan ke pit.

Alonso kini di tempat ketiga, Heidfeld di P4 dan Hamilton di P5.

Vettel dan Wurz masuk ke pit di pusingan ke-45. Trulli masuk ke pit di pusingan ke-46 dari P13.

Hamilton hanya 1 saat lebih perlahan dari Heidfeld di pusingan sebelumnya. Di pusingan ke-47, pusingan terakhir Hamilton jauh lebih perlahan dari Heidfeld.

Petang yang agak mengecewakan buat Kubica yang kini di tempat kelapan selepas dipintas oleh Rosberg pada pitstop kedua beliau.

Di pusingan ke-49, Hamilton mula menunjukkan peningkatan pada pusingan beliau namun mampukah beliau memintas Heidfeld untuk P4? Kereta beliau mempunyai kerosakan kecil di bahagian front wing tetapi itu tidak dapat memperlahankan beliau buat masa ini.

Trulli memintas Barrichello untuk P16 di selekoh pertama pada pusingan ke-50.

Dengan baki perlumbaan lagi 7 pusingan, Kubica mula memberi saingan sengit kepada Rosberg untuk P7.

Sementara itu Kovalainen semakin menghampiri Hamilton tetapi beliau mungkin kesuntukan masa dengan baki perlumbaan 5 pusingan.

Di hadapan grid, Massa nampaknya tiada masalah untuk memenangi Grand Prix Turkey untuk dua kali berturut-turut.

Raikkonen mencatat masa terpantas perlumbaan di pusingan ke-57.

Pusingan terakhir dan Massa melintasi garisan penamat di tempat pertama dengan Raikkonen 2 saat di belakangnya. Ferrari menang 1-2 di Turkey.

Alonso mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga dan mengurangkan jarak antaranya dengan Hamilton untuk kejuaraan pemadu yang kini hanya tinggal 5 mata.

Heidfeld di tempat keempat dengan Hamilton yang hanya nyaris-nyaris kehilangan tempat keempat kepada Kovalainen.

Rosberg dan Kubica mengutip mata terakhir perlumbaan.

Keputusan yang sangat baik bagi pasukan Ferrari. Kini pasukan dari Itali ini hanya 11 mata di belakang McLaren dalam kejuaraan pengeluar.

Kembali bersama saya untuk perlumbaan seterusnya yang akan berlangsung di Itali pada 9 September kelak.

Sunday, July 1, 2007

Ferrari menang 1-2 di Magny-Cours!

Selamat datang ke perlumbaan ke-8 dalam kalendar Formula 1 di Magny-Cours, Perancis. Ini mungkin perlumbaan terakhir untuk litar ini kerana ada ura-ura yang mengatakan Bernie Ecclestone tidak akan memasukkan litar ini untuk perlumbaan-perlumbaan Formula 1 pada tahun-tahun akan datang bagi memberi laluan kepada litar-litar baru seperti litar Turkey dan Singapura.

Ferrari kembali menunjukkan taring mereka di sessi kelayakan semalam apabila Felipe Massa berjaya merampas menduduki petak pertama untuk perlumbaan hari ini sementara Kimi Raikkonen berada di tempat ketiga. Lewis Hamilton memisahka pemandu Ferrari di tempat kedua. Kereta MP4-22 milik Fernando Alonso mengalami masalah mekanikal. Beliau hanya akan memulakan perlumbaan hari ini dari tempat ke-10. Ini permulaan yang kurang baik untuk pemandu Sepanyol ini bertekad untuk merapatkan jurang mata antaranya dengan Hamilton. Robert Kubica kembali beraksi untuk pasukan BMW Sauber F1 Team selepas beliau berehat untuk perlumbaan di Indianapolis dua minggu lalu berikutan kemalangan yang dihadapinya ketika di Montreal. Nick Heidfeld pula hanya di tempat ke-7 selepas berhempas pulas dengan masalah sakit belakang yang dihadapinya sejak sessi ujian di Silverstone minggu lalu. Kedua-dua pemandu Renault, Jarno Trulli dan Nico Rosberg masing-masing melayakkan diri di tempat sepuluh ke atas.

Perlumbaan bermula dengan lancar tanpa sebarang insiden yang serius. Massa mendahului perlumbaan dari garisan permulaan. Hamilton kehilangan posisinya kepada Raikkonen. Alonso memintas dua kereta di hadapannya untuk tempat ke-7 pada akhir pusingan 1. Robert Kubica dan Giancarlo Fisichela mengekalkan kedudukan masing-masing sementara Nick Heidfeld dan Nico Rosberg naik satu posisi. Heikki Kovalainen berlanggar dengan Jarno Trulli memaksa kedua-dua pemandu ini kembali ke pit untuk memperbaiki kerosakan. MalangnyaTrulli tidak dapat meneruskan perlumbaannya. Begitu juga dengan Vitantonio Liuzzi dan Anthony Davidson yang turut berlangar di selekoh 1.

Alonso cuba memintas Nick Heidfeld untuk tempat ke-6 sejak pusingan ke-2 dan hampir-hampir berjaya pada pusingan ke-4 namun Heidfeld kembali memintasnya semula pada selekoh seterusnya. Kedua-dua kereta pemandu ini menggunakan tayar yang berlainan. Kereta BMW F1.07 milik Heidfeld menggunakan tayar ‘hard compound’ manakala kereta MP4-22 milik Alonso menggunakan tayar ‘soft compound’. Ini menyukarkan Alonso untuk meminta Heidfeld.

Hamilton pemandu pertama masuk ke pit utnuk pitstop rutin beliau diikuti oleh Alonso pada pusingan ke-16. McLaren arif mereka perlu memanggil masuk kedua-dua pemandu lebih awal untuk pitstop rutin mereka kerana kedua-duanya tidak dapat memintas pemandu dihadapannya. Hamilton kembali ke litar di belakang Rosberg di tempat ke-7 manakala Alonso di tempat ke-9.

Ferrari memberi tindak balas yang sepatutnya apabila Massa masuk ke pit untuk pitstop rutinnya di pusingan ke-18. Massa kembali ke litar di tempat ke-2. Kini Raikkonen mendahului perlumbaan. Beliau mencatat masa terpantas dalam perlumbaan di pusingan ke-19. Beliau tahu ini peluang terbaik untuk beliau memintas Massa untuk menjuarai perlumbaan kali ini dan beliau tidak membazirkan peluang yang ada namun jarak masa yang dilakukan olehnya masih tidak mencukupi untuk mengekalkan kedudukannya. Beliau kembali ke litar di belakang Massa selepas pitstop rutinnya di pusingan ke-22.

Fisichella kembali ke litar selepas pitstop rutinnya di hadapan Alonso. Ini membenarkan Heidfeld mengekalkan kedudukannya di tempat ke-6 selepas pitstop rutinnya. Nampaknya strategi McLaren memanggil Alonso masuk ke pit lebih awal dengan tujuan untuk memintas Heidfeld tidak menjadi. Heidfeld melakukan tugas yang baik menyukarkan kerja Alonso di litar.

Christijan Albers terpaksa menamatkan perlumbaan dek kerana kesilapan yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Beliau tidak menunggu isyarat dari lollipop man untuk keluar dari pit. Hos minyak yang masih belum dikeluarkan tersangkut pada kereta beliau dan memaksa beliau menamatkan perlumbaan beliau.

Alonso akhirnya berjaya memintas Heidfeld pada pusingan ke-33 selepas hampir 11 pusingan tersekat dibelakang pemandu Jerman tersebut. Kini Alonso perlu merapatkan jurang kedudukannya antaranya dengan teman sepasukannya.

Hamilton dan kemudian Alonso kembali ke pit untuk pitstop rutin kedua masing-masing bagi mengelak trafik pada pusingan ke-37. Hamilton hampir sahaja kehilangan kedudukannya kepada Kubica apabila beliau kembali ke litar namun beliau tiada masalah memintas Kubica. Alonso pula kelihatan tidak selesa apabila kembali ke litar dengan melakukan beberapa kesilapan.

Massa masuk ke pit untuk pitstop rutin keduanya pada pusingan ke-43. Raikkonen kini sekali lagi mendahului perlumbaan. Jarak masa antaranya dengan Massa ketika ini adalah 22 saat dan ia jelas mencukupi untuk memintas Massa. Massa mungkin menghadapi trafik pada pusingan outlap nya. Kini ia adalah perlumbaan antara kedua-dua pemandu Ferrari ini iaitu samada Massa atau Raikkonen yang akan berjaya memenangi perlumbaan di Magny-Cours kali ini.

Sekali lagi Alonso terpaksa berhadapan dengan Heidfeld apabila Heidfeld kembali ke litar selepas pitstop rutin kedua beliau di hadapannya. Kemudian Fisichella pula memintas Alonso apabila pemandu Renault itu kembali ke litar dari pitstop rutinnya.

Hamilton menggunakan strategi 3 pitstop dan beliau masuk ke pit untuk pitstop rutin terakhir beliau pada pusingan ke-51. Beliau kembali ke litar di belakang Massa di tempat ketiga.

Ketika ini Raikkonen memandu kereta Ferrari F2007 beliau tanpa belas untuk menjarakkan jurang antaranya dengan Massa bagi memastikan beliau akan kekal mendahului perlumbaan ini sehingga ke garisan penamat. Ketika ini kedua-dua pemandu Ferrari mempunyai jarak lebih kurang 30 saat antara mereka dengan Hamilton. Mereka sudah boleh mulai relaks dan mengekalkan kedudukan mereka tanpa perlu risau cabaran dari Hamilton.

Raikkonen menjuarai perlumbaan buat kali kedua dalam kareer beliau bersama Ferrari. Kebelakangan ini persembahan beliau tidak begitu membanggakan jika dibandingkan dengan teman sepasukannya Massa. Kemenangan kali ini sangat bermakna bagi membina semula jati diri beliau. Ini adalah kemenangan satu-dua pertama bagi pasukan Ferrari musim ini dengan Massa ditempat kedua. Hamilton sekali lagi mengakhiri perlumbaan di atas podium di tempat ketiga.

Pasukan BMW Sauber turut melakukan tugas yang baik dengan Kubica dan Heidfeld masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat ke-4 dan ke-5. Alonso gagal memintas Fisichella dan terpaksa berpuas hati dengan tempat ke-7 sementara Button mengutip mata akhir untuk perlumbaan kali ini.

Adakah ini kemenangan kali ini bakal berkekalan dan menunjukkan kekuatan Ferrari telah kembali untuk memecahkan dominasi McLaren sejak dua perlumbaan yang lalu? Bagaimana pula dengan Alonso? Mampukah beliau mengejar rakan sepasukannya untuk memenangi kejuaraan pemandu pada akhir musim ini setelah semakin jauh ditinggalkan. Massa dan Raikkonen juga mula mencabar untuk merebut juara tersebut dari tangan beliau.

Jumpa lagi di perlumbaan akan di Silverstone dalam masa satu minggu. Jangkakan satu lagi dominasi daripada Hamilton di litar negaranya sendiri.

Sunday, June 10, 2007

Kemenangan pertama buat Hamilton di Kanada

Perlumbaan Grand Prix Kanada bermula tanpa sebarang kemalangan. Cuaca yang baik menyambut pemandu-pemandu Formula One di litar Gilles Villeneuve. Hamilton memecut laju untuk mendahului perlumbaan. Alonso melakukan kesilapan pada awal permulaan apabila beliau cuba untuk memintas Hamilton lalu membenarkan Heidfeld untuk memintasnya. Massa pula berada ditempat keempat. Raikkonen kehilangan tempatnya kepada teman sepasukannya dan juga Rosberg. Dengan Heidfeld di tempat kedua, Hamilton tiada masalah untuk menjarakkan jurang antaranya dengan Alonso.

Button tidak dapat memulakan perlumbaan apabila keretanya tidak dapat meninggalkan petak permulaannya. Beliau merupakan pemandu pertama yang terkeluar daripada perlumbaan Grand Prix Kanada.

Speed terpaksa keluar dari perlumbaan pada pusingan ke-9 apabila Wurz melanggar beliau menyebabkan kerosakan kepada pada bahagian depan keretanya. Wurz turut mengalami kerosakan di bahagian rear wing.

Kedudukan sepuluh pemandu teratas pada pusingan ke-10 ialah Hamilton, Heidfeld, Alonso, Massa, Rosberg, Raikkonen, Fischella, Kubica, Sato dan Trulli. Hamilton mendahului dengan beza masa 7.7 saat diataranya dan Heidfeld.

Kesilapan yang dilakukan Alonso akan menyebabkan kerugian besar untuk beliau dari segi Kejuaraan Pemandu. Kemungkinan Alonso mula merasakan tekanan daripada Hamilton. Beliau tahu jika Hamilton memenangi perlumbaan ini ia akan menaikkan jati diri Hamilton. Oleh itu ia akan menjadi sukar untuk beliau untuk mengawal keadaan kelak. Namun ironinya untuk jangka panjang, kesilapan hari ini akan menghantui Alonso untuk perlumbaan-perlumbaan akan datang terutamanya Grand Prix USA, litar yang paling kurang Alonso gemari. Beliau pasti tidak dapat memaafkan dirinya sendiri ketika ini atas kesilapan tersebut.

Alonso melakukan kesilapan yang sama dilakukannya di selekoh pertama pada awal permulaan beberapa kali sekaligus membenarkan Massa untuk memintasnya untuk tempat ketiga pada pusingan ke-17.

Seperti yang dijangka Heidfeld adalah pemandu pertama masuk ke pit pada pusingan ke-20 untuk pitstop rutin pertama beliau. Beliau kembali ke litar dihadapan teman sepasukannya Kubica.

Hamilton masuk ke pit untuk pitstop rutin pertama beliau pada pusingan ke-21 dan kembali ke litar di tempat ke-4 di belakang Massa, Alonso dan Rosberg.

Safety Car dikeluarkan pada pusingan ke-22 apabila Sutil melanggar dinding di selekoh empat bagi membenarkan marshal membersihkan debris dan mengalihkan keretanya dari litar. Alonso dan Rosberg masing-masing masuk ke pit untuk pitsop rutin mereka sebaik sahaja Safety Car dikeluarkan.

Ini peluang yang baik untuk Alonso menebus kesilapan beliau. Hamilton pasti berasa kecewa kerana jurang masa yang dikumpul beliau hilang begitu saja. Perlumbaan kembali kepada sifar dan terbuka untuk memberi peluang kepada Hamilton, Massa dan Alonso memenangi perlumbaan ini

Hamilton masih mendahului perlumbaan dengan Heidfeld ditempat kedua apabila Safety Car masuk ke pit pada pusingan ke-25.

Kubica mengalami kemalangan besar pada pusingan ke-26 dan Safety Car kembali dikeluarkan. Pasukan keselamatan segera bergegas ke tempat kejadian.

Kebanyakan pemandu masuk ke pit untuk pitstop rutin masing-masing akibatnya kedudukan pemandu kucar-kacir.

Alonso dan Rosberg dikenakan hukuman 10 saat dalam pit kerana masuk ke pit ketika Safety Car pertama dikeluarkan. Nampaknya hari ini bukan hari Alonso untuk memenangi perlumbaan Grand Prix Canada.

Safety Car kedua kembali ke pit pada pusingan ke-33. Hamilton dan Heidfeld masih kekal di tempat pertama dan kedua. Kedudukan seterusnya ialah Alonso, Rosberg, Davidson, Schumacher, Webber, Massa, Fisichella and Raikkonen. Davidson dan Schumacher masing-masing masih belum masuk ke pit untuk pitstop rutin mereka manakala Alonso dan Rosberg masih belum menjalani hukuman penalti mereka.

Alonso dan Rosberg masuk ke pit untuk penalti mereka pada pusingan ke-36.

Kedudukan lapan pemandu teratas pada pusingan ke-40 ialah Hamilton, Heidfeld, Webber, Massa, Fisichella, Sato, Raikkonen dan Kovalainen.

Alonso memintas Kovalainen untuk tempat kelapan pada pusingan ke-42. Massa dan Fisichella pula disiasat oleh stewart kerana mereka keluar dari pit ketika lampu pit masih merah.

Kubica dihantar ke hospital besar berhampiran namun beliau dalam keadaan sedar dan stabil. Menurut laporan perubatan, Kubica tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan akan dikeluarkan pada hari Isnin. Walaubagaimanapun, ada kemungkinan beliau tidak dapat memandu untuk Grand Prix USA yang akan datang. Jika begitu, BMW Sauber perlu mencari pengganti sementara untuk beliau.

Pusingan ke-48 melihat Heidfeld kembali ke pit untuk pitstop rutin kedua beliau. Beliau kembali ke pit di tempat ketiga. Hamilton pula ke pit pada pusingan berikutnya dan kembali mendahului perlumbaan.

Giliran Albers pula melanggar dinding pada pusingan ke-49 menyebabkan Safety Car sekali lagi dikeluarkan.

Massa dan Fisichella pula dikenakan bendera hitam kerana melanggar lampu merah di pit ketika keadaan Safety Car pada pusingan ke-51. Keadaan yang sama berlaku beberapa tahun lepas apabila Montoya melakukan kesilapan yang sama. Berita buruk bagi Ferrari dan Massa dari segi Kejuaraan Pengeluar dan Pemandu namun berita baik bagi Alonso dan McLaren untuk memaksimakan kutipan mata.

Alonso dan Raikkonen masuk ke pit untuk pitstop rutin kedua mereka pada pusingan ke-53 dan Alonso berjaya memintas Raikkonen ketika di dalam pit.

Safety Car kembali ke pit pada pusingan ke-54. Hamilton masih mendahului namun sebelum sempat beliau menamatkan satu pusingan, Safety Car sekali lagi dikeluarkan ke litar kerana marshal perlu mengalihkan kereta Liuzzi. Alonso pula kehilangan tempat ketujuh beliau kepada Raikkonen dan Schumacher apabila beliau sekali lagi terbabas di selekoh pertama. Kemudian Trulli pula melanggar hadangan tayar diselekoh pertama pada pusingan ke-58.

Safety Car masuk ke pit pada pusingan ke-60 dengan Hamilton masih mendahului dan Heidfeld di tempat kedua. Barrichello di tempat ketiga dengan Wurz dibelakangnya. Kovalainen, Raikkonen, Schumacher dan Alonso melengkapkan tempat kelapan teratas.

Alonso segera memintas Schumacher pada pusingan ke-60 untuk tempat ketujuh.

Pusingan ke-63 giliran Barrichello untuk pitsop rutin terakhir beliau. Wurz kini berada ditempat ketiga dan menaikkan Sato ke tempat kelapan untuk memungut mata terakhir perlumbaan.

Sato berjaya memintas Schumacher untuk tempat ketujuh pada pusingan ke-66 dan kemudian memintas Alonso untuk tempat keenam pada pusingan ke-68.

Hamilton melepasi garisan penamat ditempat pertama selepas mengharungi perlumbaan yang sukar dengan kemalangan demi kemalangan berlaku sepanjang perlumbaan. Heidfeld turut melakukan tugas dengan baik untuk mengakhiri perlumbaan di tempat kedua sementara Wurz ditempat ketiga walaupun dengan kerosakan rear wing pada keretanya. Kovalainen berada di tempat keempat dengan Raikkonen dibelakangnya. Sato mengutip 3 mata di tempat keenam, Alonso ditempat ketujuh dan Schumacher mengutip mata akhir perlumbaan ditempat kelapan. Hanya 12 kereta daripada 22 kereta berjaya menamatkan perlumbaan ini.

Ini merupakan satu perlumbaan yang baik dan bersih dari Hamilton Kini Hamilton mendahului 8 mata daripada Alonso dalam Kejuaraan Pemandu. Dengan hanya 6 perlumbaan dalam kariernya, British rookie yang hanya berusia 22 tahun ini telah mencipta sejarah baru dalam Formula One.

Selepas mengakhiri 5 perlumbaan berturut-turut di tempat kedua, akhirnya beliau berjaya memenangi perlumbaan pertama beliau. Tidak ramai yang menyangka kemenangan pertama datang begitu cepat untuk anak didik Ron Dennis ini. Namun yang pasti akan ada lebih banyak kemenangan menanti beliau untuk masa yang akan datang.

Heidfeld memulakan dan mengakhiri perlumbaan ditempat kedua. Ini adalah podium pertama untuk pasukan BMW Sauber tahun ini, dan podium keenam untuk Heidfeld sepanjang karier Formula One beliau. Podium ini adalah keputusan terbaik bagi pasukan BMW Sauber setakat ini. Hari ini adalah hari yang masam manis untuk BMW Sauber dengan keputusan baik Heidfeld sementara Kubica masih dirawat dihospital.

Pusingan ketujuh Formula One akan berlangsung di Indianapolis, USA minggu hadapan. Alonso mempunyai tugas yang berat untuk mengejar teman sepasukannya. Kejuaraan kini semakin sukar diramal.

Saturday, May 19, 2007

Enjin V6 pada tahun 2011 untuk Formula One?

Max Mosley mencadangkan peraturan enjin baru untuk tahun 2011 di mana enjin 2.4 liter V8 yang digunakan sekarang akan ditukarkan dengan enjin mesra alam 2.2 liter turbo V6 yang akan menggunakan bio-fuel. Enjin tersebut akan dibangunkan dengan kuasa kuda 770 iaitu kurang 100 daripada yang digunakan oleh enjin sekarang.

Jika segalanya mengikut perancangan, ia juga akan turut mengenakan had pada rev. Limit akan disetkan pada 10,000 rpm. Sebelum ini rev dilimitkan pada 19,000 rpm. Ini bermakna Formula One akan menjadi lebih senyap daripada kereta. Setiap enjin tersebut juga perlu bertahan untuk lima perlumbaan, bukannya dua perlumbaan seperti peraturan sekarang. Selain daripada itu kereta Formula One juga akan menggunakan traction control, pemanduan 4-roda serta mempunyai kemudahan power-boost.

Ini bukan kali pertama Presiden FIA ini menyuarakan hasratnya untuk menjadikan Formula One mesra alam namun hasrat beliau tidak mendapat sambutan yang baik. Kini nampaknya Max mempunyai rancangan untuk melaksanakan dan bukan setakat berbual kosong.

Beliau telah memulakan perbincangan dengan pengeluar-pengeluar utama untuk memastikan pembangunan dan kajian yang relevan dengan kereta Formula One akan dikurangkan manakala tumpuan lebih akan diberikan untuk membangunkan kereta-kereta biasa.

Walaubagaimana pun beliau akan turut memastikan sporting spectacle untuk Formula One akan kekal tidak berubah.

Sunday, May 13, 2007

Kemenangan dua kali berturut-turut buat Massa dan Ferrari

Sessi kelayakan yang berlangsung semalam adalah antara yang paling mengujakan apabila peminat Formula One dihidangkan persaingan yang sengit antara pemandu McLaren dan Ferrari. Massa mencuri perhatian penonton tempatan daripada Alonso apabila beliau mencuri petak pertama dari genggaman dua kali juara dunia itu. Alonso terpaksa berpuas hati di petak kedua. Raikkonen dan Hamilton pula berkongsi barisan grid kedua.

Perlumbaan terpaksa ditangguhkan selepas pusingan pemanasan apabila kereta Toyota Trulli menghadapi masalah di grid. Beliau akan memulakan perlumbaan daripada pit.

Sebaik sahaja kelima-lima lampu marah padam, Massa meluncur laju menuju selekoh pertama dengan Alonso rapat dibelakangnya. Alonso terbabas apabila beliau cuba untuk memintas Massa sekaligus memberi laluan kepada Hamilton dan Raikkonen untuk memotongnya. Kubica, Heidfeld, Coulthard, Kovalainen, Rosberg dan Barrichello melengkapi tempat kesepuluh teratas pada pusingan pertama.

Terdapat insiden di belakang grid antara Wurz dan Schumacher. Kedua-dua kereta mengalami kerosakan dan memaksa mereka kembali ke pit. Malang bagi Wurz beliau tidak dapat meneruskan perlumbaan.

Pasa pusingan 7, kereta Red Bull Webber menghadapi masalah hidraulik. Beliau mangsa kedua Grand Prix Sepanyol.

Pusingan ke 9, kereta Raikkonen pula menghadapi masalah enjin pada kereta F2007 beliau manakala tayar belakang kiri kereta Speed meletup sebelum selekoh pertama memaksa kedua-dua pemandu ini bersara dari perlumbaan. Kini Alonso mempunyai laluan bebas dihadapannya untuk mengejar Hamilton dan Massa.

Kedudukan 10 pemandu teratas pada pusingan ke 11 ialah Massa, Hamilton, Alonso, Kubica, Heidfeld, Coulthard, Kovalainen, Rosberg, Barrichello dan Button.

Barrichello pemandu pertama yang masuk ke pit untuk pitstop rutin pertama beliau di pusingan 18 kemudian diikuti oleh Massa dan Alonso.

Massa kehilangan beberapa saat di pit apabila kereta beliau terbakar seketika dek kerana tumpahan minyak berlebihan semasa pengisian semula. Massa kembali ke litar di tempat keempat.

Pusingan 19 giliran kereta Liuzzi pula mengalami masalah dan beliau masuk ke pit sebelum bersara dari perlumbaan. Coulthard memasuki pit untuk pitstop rutin pertama beliau di pusingan ini.

Pusingan 22 giliran Hamilton untuk pitstop rutin beliau. Walaubagaimana pun beliau tidak dapat memintas Massa apabila kembali ke litar dibelakangnya.
Kereta Heidfeld mengalami masalah di pit apabila salah satu nut tayar kanan hadapannya tidak dipasang dengan betul. Salah lollipop guy kerana mengangkat lollipop terlalu awal sebelum segala kerja pit selesai. Sayang sekali kerana strategi pasukan BMW Sauber untuk Heidfeld adalah baik sekali untuk pelumbaan ini.

Kedudukan 10 pemandu teratas selapas pitstop rutin pertama ialah Massa ditempat pertama diikuti oleh Hamilton, Alonso, Kubica, Coulthard, Kovalainen, Rosberg, Barrichello, Fisichella dan Sato.

Kovalainen pemandu pertama masuk ke pit untuk pitstop rutin kedua beliau di pusingan ke-30. Sebelum itu beliau bersaingan dengan Coulthard untuk tempat ke-5. Kereta Renault ketika ini jelas sekali lebih pantas dari kereta Red Bull Coulthard.

Christijan Albers melunaskan penalti kerana memandu melebihi had laju di pit pada pusingan ke-34.

Kedudukan 10 pemandu teratas pada pusingan ke-44 ialah Massa, Hamilton, Alonso, Kubica, Coulthard, Rosberg, Kovalainen, Barrichello, Fisichella dan Sato.

Massa masuk ke pit untuk pitstop rutin terakhir beliau pada pusingan ke-41 dan kembali ke litar dibelakang Hamilton. Selain daripada Massa, Barrichello, Coulthard dan Fisichella juga masuk ke pit untuk pitstop rutin masing-masing. Walaubagaimanapun Fisichella terpaksa masuk semula ke pit kerana Renault tidak mengisi minyak yang mencukupi untuk menamatkan perlumbaan ini pada pitstop rutin kedua beliau.

Schumacher mangsa keenam Grand Prix Sepanyol apabila beliau terpaksa bersara di pusingan ke-45. Kedua-dua pemandu Toyota tidak dapat menamatkan perlumbaan kali ini.

Hamilton mendahului perlumbaan Grand Prix Sepanyol sehingga beliau masuk ke pit pada pusingan ke-46 untuk pitstop rutin terakhir beliau. Tempat pertama kembali diserahkan kepada Massa. Sementara itu Heidfeld masuk ke pit untuk bersara sebaik sahaja Kubica selesai pitstop rutin keduanya.

Pusingan ke-48, giliran Alonso melakukan pitstop rutin keduanya dan kembali ke litar seperti sebelumnya di tempat ketiga.

Kedudukan 8 pemandu teratas selepas pitstop rutin kedua ialah Massa, Hamilton, Alonso, Kubica, Coulthard, Rosberg, Kovalainen and Fisichella. Fisichella bagaimanapun masih belum masuk ke pit untuk pitstop terakhir beliau.

Fisichella akhirnya melakukan pitstop ketiga beliau dengan baki 6 pusingan perlumbaan. Beliau kembali ke litar di belakang Sato. Fisichella akan bersaingan dengan Sato sepanjang baki perlumbaan untuk memintas Sato bagi memungut mata terakhir perlumbaan. Walaubagaimanapun usaha beliau tidak membuahkan hasil.

Massa berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama dari petak pertama. Sekali lagi beliau menunjukkan kematangan beliau sebagai pemandu. Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut untuk beliau dan Ferrari musim ini dan empat kemenangan peribadi sepanjang karier Formula One beliau. Hamilton di tempat kedua manakala Alonso terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di hadapan peminat tempatannya di tempat ketiga.

Kini rookie dari Britain, Hamilton mendahului Kejuaraan Pemandu dengan 2 mata di hadapan teman sepasukannya Alonso dengan 30 mata. Massa pula memintas teman sepasukannya Raikkonen untuk tempat ketiga dengan 27 mata.

McLaren pula mendahului Kejuaraan Pengeluar dengan 58 mata sementara Ferrari ketinggalan 9 mata dibelakang mereka. BMW Sauber masih teguh ditempat ketiga.

Pusingan terpantas semasa perlumbaan dicatat oleh Massa dengan catatan masa 1m22.680 saat pada pusingan ke-14.

Saturday, May 12, 2007

Singapura GP 2008 akan berlangsung pada waktu malam

Singapura akan mencipta sejarah dengan menganjurkan buat julung-julung kalinya perlumbaan untuk Formula One yang akan berlangsung pada malam hari. Bernie Ecclestone telah mengesahkan kemasukan baru Singapura sebagai tuan rumah baru grand prix bermula tahun 2008. Jalan raya akan digunakan sebagai litar F1 seperti di Monte Carlo.

Perjanjian selama lima tahun ini dimerterai antara F1 supremo Bernie Ecclestone, Ong Beng Seng dan Badan Perlancongan Singapura.

Bernie yakin dengan potensi Singapura menjanjikan perlumbaan Formula One yang dramatis dan mendebarkan. Singapura kelak satu-satunya litar yang akan diterangi cahaya lamput secara keseluruhannya untuk sepanjang perlumbaan berlangsung.

Perlumbaan dijadualkan pada akhir tahun 2008, samada pada bulan September atau Oktober dengan sasaran untuk menarik minat penonton TV Eropah yang dapat menyaksikannya pada siang hari.

Litar akan direkabentuk sekitar kawasan Marina Bay dengan sistem penataan lampu yang mampu mereplikasi keadaan waktu siang. Tempat duduk grandstand pula dijangka mampu memuatkan 80,000 penonton.

Mulai tahun depan jadual Formula One mempunya tiga perlumbaan di jalanan. Selain Monaco dan Singapura, Bernie Ecclestone juga telah menjadikan Valencia sebagai tuan rumah untuk perlumbaan Formula One yang juga terdiri daripada litar jalanan.

Prestasi Felipe Massa begitu meyakinkan di sessi kelayakan

Sessi kelayakan bermula dengan suhu litar mencecah 49 darjah Celcius, lebih panas berbanding suhu ketika sessi ujian minggu lalu.

Pasukan McLaren kekal mendominasi hujung minggu setakat ini apabila kedua-dua pemandu mereka mencatat masa pertama dan kedua terpantas pada sessi latihan tadi. Pasukan BMW Sauber pula teguh di tempat ketiga dan keempat. Pasukan Ferrari setakat ini masih belum menunjukkan sebarang taring apabila setiap kali tewas dengan catatan masa pasukan McLaren.

Bridgestone membawa kompoum medium dan keras untuk perlumbaan minggu ini namun dengan suhu cuaca yang tinggi, perbezaan persembahan antara kedua-dua kompaun ini tidak akan begitu ketara.

Litar de Catalunya telah menjalani perubahan besar tahun ini dengan penambahan chicane baru pada selekoh kedua terakhir. Ini akan membenarkan kereta bersaing dengan lebih dekat sekaligus membolehkan mereka memotong ketika di selekoh pertama.

Sessi kelayakan pertama melihat Ralf Schumacher, Alexander Wurz, Mark Webber, Adrian Sutil, Christijan Albers dan Scott Speed terkeluar. Scott Speed langsung tidak mencatat sebarang masa untuk sessi kelayakan ini.

Vitantonio Liuzzi juga tidak mencatat sebarang masa pada sessi kelayakan kedua manakala kereta yang dipandu oleh Anthony Davidson dan Takuma Sato menghadapi masalah. Nico Rosberg, Rubens Barrichello dan Jenson Button adalah pemandu lain yang terkeluar pada sessi kelayakan ini.

Persaingan untuk sessi kelayakan terakhir begitu sengit. Pada awal sessi Lewis Hamilton dan Kimi Raikkonen saling bertukar tempat. Kemudian Fernando Alonso, wira tempatan, mencatat masa terpantas selepas pitstop yang pertama. Selepas pitstop kedua, Alonso sekali lagi mendahului sessi kelayakan walaubagaimana pun Felipe Massa kemudian memeranjatkan semua apabila mencuri masa terpantas sebaik sebelum sessi tamat.

Persembahan sessi kelayakan Massa sememangnya antara yang terbaik pernah dilihat. Ucapan terima kasih dari krew dan mekanik Ferrari selepas selesai sessi menjelaskan segalanya.

Ramai berpendapat kereta Alonso ringan untuk perlumbaan esok. Semestinya beliau tidak berpuas hati dengan tempat kedua sekiranya benar dan ini mungkin mengkompromi peluang beliau untuk memenangi perlumbaan esok petang.

Raikkonen dan Hamilton terpaksa berpuas hati dengan masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat di grid esok. Robert Kubica ditempat kelima mendahului teman sepasukannya Nick Heidfeld yang berada di tempat ketujuh. Jarno Trulli mempamerkan kekuatan Toyota di tempat ke enam. David Coulthard pula memisahkan dua pemandu Renault Heikki Kovalainen dan Giancarlo Fisichella di tempat ke sembilan.

Jika berdasarkan kepada sessi kelayakan hari ini, bersedialah untuk perlumbaan yang lebih sengit esok. Alonso sememangnya mahu menang di tempat sendiri. Namun jika Massa tidak melakukan sebarang kesilapan, kemungkinan besar Alonso terpaksa bekerja keras untuk mencapai hasratnya.